Persediaan menghadapi hari Bersalin. (Persediaan Barang2)

Anamarza
2
Salam,

Bagi yg pertama kali hamil, pastinya tertanya2 apa yg perlu dibawa ke hospital ketika sudah sampai saat untuk melahirkan. Ada yg bertanya2 kepada teman2 yg sudah berpengalaman dan ade juga yg surf di tenet, dan tidak kurang juga yg membaca buku panduan berkaitan persediaan bersalin, dan ade juga yg meminta pendapat dari jururawat sewaktu kunjungan rutin ke klinik ibu2 mengandung.

Persiapan barang2 ini seeloknya telah disediakan lebih awal lagi, kerana kita sendiri tidak tahu bila kita akan melahirkan, terutama bagi bakal2 ibu yg mempunyai risiko bersalin awal (pramatang), atau mempunyai risiko2 lain yg telah dikenal pasti oleh doktor anda. Bagi ibu2 yg tiada sebarang risiko, seeloknya masuk minggu ke-36 anda sudah mula menyiapkan beg yg berisi barangan keperluan untuk dibawa ke hospital kerana mengikut perkiraan seseorang itu boleh bersalin pada bila2 masa sahaja antara minggu ke-36 hingga minggu ke-40.

Seelok-eloknya, barangan-barangan keperluan diri dan baby yg telah pun diisi ke dalam beg disimpan ditempat2 yg mudah dicapai tidak kiralah di rumah, di pejabat ataupun di dalam kereta sekalipun. Pendek kata, bila masuk bulan terakhir kehamilan, bawalah beg tersebut kemana2 sahaja anda pergi samaada ke pejabat hatta ke shopping complex atau sekadar keluar makan sekalipun. Manalah tahu, sakit bersalin boleh datang lebih awal dari jangkaan, melainkan anda memang yakin 100% yg anda akan melahirkan pada tarikh EDD yg diberi. ;0)

 List barangan kat bawah ni adalah secara general sahaja, kuantiti bergantung kepada lama mana anda berada di hospital dan kemudahan yg disediakan di hospital tempat anda bersalin.

Keperluan bakal bayi anda:
  • Baju & Seluar :  2 - 3 pasang ( tak kisah la baju lengan panjang atau pendek, sebab nanti kita bedung bayi kita kan - apa2 pun ikut kesesuaian la) 
  • Sarung tangan dan sarung kaki : 2 - 3 pasang
  • Selimut : 1 helai
  • Tuala : 1 helai
  • Topi : 1
  • Barut : 3 - 4 helai
  • Lampin kain : 3 - 4 helai
  • Lampin pakai buang (saiz newborn) : 1 pack kecil.
  • Tisu Berpelembap bayi (Baby Wipes) : 1 pack
  • Minyak Telon/Minyak Yuyee
  • Toiletries ( p/s : tak perlu pun tak pe, sebab dari pengalaman hospital dah sediakan, lagipun kekadang dapat gift dari pihak hospital/persatuan tertentu, klaau nak bawa juga bawak la bedak ker lotion ker).

Keperluan bakal ibu (anda la) :
  • Baju : 2 - 3 helai ( seeloknya yg berbutang dihadapan, tapi setakat ni saya just bawa baju t-shirt lengan panjang jer, tak de berbutang pun. ade sesetengah hospital kena pakai baju/uniform yg dia dah sediakan, jadi depends la kan )
  • Kain Batik :  2 - 3 helai
  • Tuala : 1 helai
  • Baju sejuk (Sweater) : 1 helai
  • Sarung kaki : 2 pasang
  • Bra : 2 - 3 helai ( tuk lebih selesa sediakan nursing bra)
  • Seluar dalam (Panty) : 3 - 4 helai ( boleh juga kalau nak sediakan disposable panty)
  • Maternity Pad : 1 pack
  • selipar (Slipper) : 1 pasang ( tak pun masa nak ke hospital tu trus sarung slipper jer, bawak banyak2 barang pun nanti nurse tegur, macam nak berkampung kat wad plak )
  • Toiletries : cam biasa la berus gigi, ubat gigi, gel mandian, sikat, pencuci muka, bedak
  • Air/Minyak Selusuh ; yg ni kalau ade la, saya tak pernah pun bawak apatah lagi minum.
  • Minyak / losyen tuk ibu2 bersalin
  •  Bengkung atau barut
  • Kad antenatal atau buku pink, kad insurance atau GL letter

Barang lain ( letak dalam bakul):
  • Plastic Bag ; tuk letak pakaian yg dah pakai atau terbasah
  • Termos ; tuk simpan air panas (ade hospital yg dah sediakan tapi kena request la)
  •  Air mineral
  •  Gelas, sudu
  •  Kudapan seperti biskut
  • Minuman 3 in 1 contoh milo ker horlick ker,( biasa la kekadang air yg pihak hospital sediakan tu kureng sikit sedapnya)
  •  Tupper ware

Ok la tu sahaja, harap dapat memberi idea apa yg perlu anda bawa ke hospital nanti.

Note: hmmm dah lama buat nih, terperam jer kat dalam draft, nak edit semula pun dah malas, publish jer la...
Tags

Post a Comment

2Comments

  1. salam singgah..

    thanx sudi share.. utk yg 1st time mcm sue ni mmg bagus kalo dpt info cam gini..
    lagipun tgh tercari2 lg ape brg yg sepatutnya kene bwk tp takde lg..
    utk baby dah siap packing dah ni.. tinggal nak bwk ke mana2 je.. hehe
    mak dia blum siap lg.. huhu

    ReplyDelete
  2. dulu amie pun buat gini jugak..kena prepare awal2 kan

    ReplyDelete
Post a Comment