Jana income dengan berblog? (Siri 2)

Anamarza
0
Salam,

Sambungan dari entry sebelum ni {Jana income dengan berblog? (Siri 1)}, di pendek kan entry kat bawah nih  pilihan yg boleh dicuba untuk jana income dengan berblog nih..senarai ni setakat yg saya tahu jer la, klau ade yg tertinggal sila la tokok tambah eik.

Ads Network
Ads network atau online advertising network ialah syarikat yg menghubungkan antara pengiklan dengan pemilik web/blog. Antara ads network yg menawarkan perkhidmatan ialah:
  • Nuffnang : ads network paling popular dikalangan bloggers (rasanya la). Tiada specifik requirements kalau nak apply melainkan kena cukup umur 18 tahun. Lain2 patuhi dan faham terma dan syaratnya sahaja.

  • Innity : Antara requirements nak apply innity ialah blog/website perlu minimum 100,000 pageviews secara purata sebulan, minimum 20,000 unik pelawat secara purata sebulan, lain2 kelayakan boleh check kat sini.
  • Advertlets : Seperti nuffnang tak de specifik requirements jugak...cuma perlu patuhi terma dan syarat yg dah ditetapkan. Pendapatan dibayar berdasarkan CPM ( Cost Per Thousand Impression) . Hanya boleh cash out bila dah reach minimum RM100.00
  • 701panduan.com : Tidak ada Unik Pengunjung minimum, kelayakan lain baca disini. Pendapatan/pembayaran bergantung kepada unik klik oleh pengunjung blog. Setelah mencapai minimum RM50.00 pihak 701 akan memaklumkan untuk bank in check samaada melalui CIMB atau Maybank.
  • Adsniaga : Diusahakan oleh anak tempatan. Iklan dipaparkan jenis bertulis atau baris. Pendapatan bergantung kepada jumlah klik ( RM0.07 untuk setiap klik)
  • ChurpChurp : Tak sure masuk dalam kategori ad network jugak kot, sebab cara dia berbeza sedikit dengan ad network yg kat atas ni, yg ni kita kena share iklan ni kat social media network yg lain seperti twitter, facebook, , IM status (yahoo & live massenger), Email (gmail, yahoo, hotmail,etc), blog (blogger, wordpress, typepad etc), share on other social network. Kebiasaannya setiap iklan berharga RM0.20 untuk setiap klik. ChurpChurp ni bergabung sekali dengan Nuffnang, so tak de masalah ngan glitterity status nuffnang klau join.


Affiliated Program
Affiliate Program adalah satu kaedah pemasaran yang digunakan oleh syarikat pengeluar produk atau perkhidmatan untuk memasarkan produk dengan memberi yuran komisen dari setiap jualan.Boleh dikatakan juga, pemasaran Affiliate adalah satu strategi pemasaran online dimana syarikat tertentu akan membayar anda beberapa peratus keuntungan jualan dari setiap pelanggan online yang mereka perolehi dari link affiliate yang disediakan.

Contoh affiliated program yg boleh disertai ialah HeartBeat

Bayaran atau komisyen HeartBeat ni dikira seperti dibawah:



Menyediakan ruang iklan untuk disewa

Korang jugak boleh sediakan ruang khas tak kira la kat mana pun, samaada bahagian sidebar atau ruangan dibawah header atau atas bahagian post/enrty. Bayaran untuk satu ruang adalah bergantung kepada budi bicara korang la. Mungkin bergantung kepada jumlah unik trafik ke blog anda (lagi tinggi trafik lagi mahal yg korang boleh letak harga) , keluasan ruang yg disediakan, kebiasaannya ruang 125pixel x 125pixel atau lebih bergantung pada korang la.

So mana satu pilihan anda?
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)