Chirstchurch : Seorang rakyat Malaysia dilaporkan hilang

Anamarza
1
Dengar berita ni semalam kat TV, seorang wanita berasal dari Sarawak yg bekerja di sebuah syarikat swasta di Chirstchurch dilaporkan hilang oleh kawan2nya...

Sedutan berita boleh baca kat bawah :

Berita Harian Online (24hb Feb 2011 ) : KUALA LUMPUR: Seorang pekerja wanita rakyat Malaysia dilapor hilang di Christchurch berikutan kejadian gempa bumi Selasa lepas dan usaha mengesannya sedang dijalankan.

Ketua bilik operasi Malaysia di Chirstchurch, Ayauf Bachi, berkata pihaknya menerima laporan kehilangan wanita berumur 30-an itu daripada rakan-rakanya pada hari kejadian.
Wanita yang berasal dari Sarawak itu bekerja di sebuah syarikat swasta di bandar itu, dan keluarganya telah dihubungi bagi memaklumkan mengenai kehilangannya, katanya kepada Bernama ketika dihubungi untuk perkembangan terkini rakyat Malaysia di sana.
Beliau berkata Pasukan Pertahanan Awam New Zealand yang mengetuai usaha mencari dan menyelamat mereka yang masih terperangkap dan hilang dalam malapetaka itu, telah dimaklumkan mengenai kehilangan wanita berkenaan.

Ayauf, yang juga Timbalan Ketua Protokol Kementerian Luar Negeri, berkata terdapat 636 rakyat Malaysia di Christchurch, termasuk 390 penuntut dan pihaknya telah mengadakan perjumpaan dengan kira-kira 40 penuntut dalam empat kumpulan hari ini untuk mengetahui bantuan yang perlu disalurkan.

Daripada empat kumpulan itu, tiga kumpulan datang sendiri ke bilik operasi yang ditempatkan di sebuah bangunan hotel di Christchurch, manakala pihaknya turut melawat satu lagi kumpulan yang mengandungi 12 penuntut yang rumah mereka rosak dan pada masa ini tidak dibenar memasukinya.

Ayauf berkata 12 penuntut terbabit kini menumpang dengan kawan-kawan dan usaha sedang dijalankan untuk memberi bantuan sewajarnya kepada mereka.

Berita Selanjutnya Klik kat sini
Tags

Post a Comment

1Comments

  1. tu la..
    bimbang jg kn..
    nsib baik tiada sdara mara kt sana..

    ReplyDelete
Post a Comment