Teh oh teh..

Salam,

Suka minum Teh? jom tengok apa khasiat dan kegunaan daun teh nih :
  • Teh mampu membuatkan wajah berseri dan tampak kemerahan:
    Caranya: Cuci muka anda setiap pagi dengan air daun teh yg telah direndam (sama ada suam ataupun sejuk). Sapukan air daun teh perlahan2 ke muka dan biarkan seketika. Kemudian cuci dengan air bersih tanpa menggunakan sabun.
  • Air Teh dapat segarkan mata:
    Caranya: Basahkan kapas ke dalam air teh pekat sejuk, kemudian pejamkan mata dan letakkan kapas tadi dimata untuk beberapa ketika. Amalkan beberapa kali dalam seminggu, InsyaAllah mata anda akan sentiasa segar dan bersinar..
  • Uncang Teh dapat menghilangkan Lebam bawah mata:
    Caranya: Teh uncang yg telah digunakan disimpan. Gunakannya dengan melekapkan pada mata dan biarkan ia semalaman. lakukan 3 kali seminggu ketika hendak tidur.
  • Minum Teh untuk tampil menarik dengan perut kempis:
    Caranya: Minum air campuran limau nipis dan teh tanpa gula setiap hari. Peringatan; Cara ini hanya hanya sesuai diamalkan untuk mereka2 yg tidak menghidap sebarang penyakit berkaitan perut.
  • Teh hilangkan sakit kepala:
    Caranya: Rendamkan dua camca serbuk teh di dalam segelas air panas yg di campur air asam jawa. Minum air tadi hanya apabila anda merasa sakit kepala sahaja.
  • Teh hijau diyakini kaya dengan antioksidan dan polifenol selain vitamin A, C dan E. Dikatakan juga sangat baik di nikmati sewaktu masih panas, kerana selain memberikan rasa sensasi, teh hijau juga amat berkesan melancarkan perjalanan bendalir dalam tubuh.
  • Menurut kajian daripada Kolej Universiti London (UCL) UK mendapati amalan meminum teh hitam dikatakan mampu mengurangkan atau menghilangkan stress dengan cepat.
  • Menurut kajian yg dijalankan oleh Universiti Newcastle Upon Tyne, Teh Hitam juga berkesan menyekat aktiviti enzim acetylcholinesterase (AChE) yg mana secra tidak langsung juga dapat menghalang penyakit hilang daya ingatan atau "nyanyuk". selain itu juga, teh hitam dapat mengurangkan aktiviti enzim butrylcholinesterase (BuChE) yg merupakan komposisi utama dalam otak manusia yg mendedahkan anda kepada penyakit alzheimer.
  • Pengambilan teh setiap hari dikatakan boleh mempercepatkan pembuangan alkohol dan lain2 bahan yg membahyakan dalam tubuh manusia seperti lemak dan nakotik.
  • Pengambilan teh juga dikatakan dapat meningkatkan daya ketahanan tubuh terhadap penyakit. Selain itu, ia juga dikatakan dapat memacu metabolisme dan pengambilan oksigen dalam tubuh kita
  • Bukan itu sahaja, teh juga dapat mengelakkan kita mendapat kerosakan gigi dan mengekalkan kulit agar sentiasa awet muda.
  • Individu yg minum teh setiap malam berisiko rendah diserang 2 jenis penyakit kanser kulit yg kerap berlaku sekitar 20 - 30 peratus.

  • Namun teh juga mungkin boleh menyebabkan anda berisiko mendapat penyakit (seperti penyakit kencing manis), terutama jika meminum teh tarik. Ini kerana penggunaan susu pekat manis (kandungan kalorinya yg tinggi) dalam teh tarik

Sumber : Majalah Harmoni

Comments

Popular Posts