Si pujaan hati .. kecil tapi ...

Anamarza
1
Salam,

Boleh teka apa yg menjadi pujaan hati ku ini? ianya kecil sahaja tapi...

Tapi apa eik?

Hihihihihi bukan sejenis barang tau dan bukan jugak mahal..ianya kecil, murah tapi punya khasiat yg memang disarankan pengambilannya oleh pakar2 dalam bidang khasiat pemakanan nih..

Apakah ia?

Sudah tentu la ikan bilis kan, saiznya kecil sahaja tapi tidak kurang dari segi khasiatnya. Antara khasiat dari ikan bilis ni ialah kalsium, zat besi, vitamin B3 dan .... bukan tu saja ikan kecik macam ikan bilis ni juga kurang risiko pencemaran dek kerana jangka hayatnya yg pendek.

Tahu tak korang satu sudu makan ikan bilis bersamaan 0.05mg kandungan zat besi, dan kita disarankan mengambil sekurang- kurangnya 5 sudu makan dalam seminggu.

Berbalik pada menjadi pujaan hati tadi, kenapa ikan bilis ni jadi pujaan hati ku..sebabnya memang dah dari kecil terbiasa makan ikan bilis, lagipun ikan bilis ni kan banyak kegunaan dan cara nak masak pun boleh pelbagai, jadi bahan sampingan masak sayuran, petai dan jering  pun ya jugak kan.

Kekadang lauk simple sekadar goreng ikan bilis biasa pun dah boleh membangkitkan selera terutama klau makan dengan nasi panas/suam...klau time berpantang pun boleh dikatakan  ni antara menu utama la jugak kan...bagi saya la, korang plak? lagipun khasiatnya yg memberi sumber zat besi tu elok la untuk ibu2 hamil cam saya nih kan.

Ikutkan budu pun asal dari ikan bilis kan, tapi saya tak makan budu pun, even sambal mentah ikan bilis campur tempoyak or belimbing buluh pun saya tak makan, sambal hitam pun tak pernah rasa, tgk hubby makan sambil mulut tak berhenti berbunyi kata sedap makan sambal hitam tu pun tak jugak tergerak nak rasa..hihihi tah la kata pujaan hati tapi still memilih jugak .... ;0)

Ok la kat bawah ni antara menu yg selalu saya buat guna ikan bilis nih:

Ikan bilis goreng bodo

Sambal ikan bilis

Ikan bilis goreng ngan bawang dan lada

Sambal goreng tempoyak ikan bilis

Ikan bilis goreng berkacang (plus kentang)

Ikan bilis bertelur

Post a Comment

1Comments

Post a Comment