Risiko Kandungan Lebih hari..

Anamarza
0
Salam,

Tarikh jangkaan bersalin (EDD) bagi wanita yg mempunyai kitaran haid normal (28 hari) ialah 40 minggu (280 hari / 9 bulan 10 hari) dari hari terakhir haid mereka. Bagi yg mengalami kitaran haid tidak menentu atau terlupa akan tarikh haid terakhir, pemeriksaan ultrasound pada lima bulan pertama kehamilan dapat membantu menentukan tarikh jangkaan bersalin.

Tarikh jangkaan bersalin (EDD) ini hanya la jangkaan semata2 kerana, kebanyakan wanita hamil, bersalin dalam sekitar 10 hari sebelum tarikh tersebut dan terdapat hanya 5 ke 10 peratus sahaja yg melewati tarikh jangkaan bersalin dan masih belum menunjukkan sebarang tanda akan bersalin. Kesilapan tarikh haid menjadi penyebab utama kepada kesilapan pengiraan usia kandungan ini. Disebabkan hal ini lah bakal2 ibu dinasihatkan menjalani pemeriksaan ultrasound (dalam 5 bulan pertama kehamilan) bagi mengesahkan tarikh jangkaan bersalin serta mengelakkan paksaan bersalin ke atas bayi yg sebenarnya masih pramatang (belum cukup bulan).

Bagi kebanyakan kes, sekiranya kandungan telah mencecah usia 40 minggu dan masih belum menunjukkan sebarang tanda sakit bersalin, doktor akan menasihatkan untuk melahirkan bayi dalam tempoh 7 ke 10 hari  selepas tarikh jangkaan (minggu ke-41). Tempoh 7 ke 10 hari ini diberi bagi memberi peluang ibu bersalin normal (mengalami tanda sakit bersalin secara semulajadi). Namun yg demikian, pemeriksaan akan dibuat oleh doktor bagi memastikan kandungan berada dalam keadaan sihat dan berpotensi untuk bersalin normal tanpa perlu menjalani proses induksi. Jika didapati  wujud masalah berkaitan kehamilan, proses bersalin akan dimulakan lebih awal.

Usia kandungan yg memasuki minggu ke-41 masih dikira selamat. Namun sebaliknya jika melebihi 2 minggu dari tarikh jangkaan (iaitu minggu ke-42 dari tarikh terakhir haid). Ini kerana dikhuatiri kandungan yg sudah lebih hari boleh memngalami risiko- risiko seperti dibawah :
  • Bayi lemas dalam kandungan
  • Kekurangan air ketuban (oligohydramnios)
  • Kehadiran najis bercampur dengan air ketuban
  • Saiz bayi yg semakin membesar
  • Kekurangan fungsi uri sehingga menjejaskan bayi (Placental insuffiency)
  • Kematian bayi dalam kandungan.

Masalah kandungan lebih hari ini berkemungkinan boleh berulang dalam kehamilan akan datang. Risikonya meningkat kepada 2 ke 3 kali ganda berbanding ibu yg tidak pernah mengalaminya. Oleh yg demikian bagi mengelakkan kemungkinan anda menghadapi masalah ini, adalah amat penting bagi anda untuk mengingati tarikh akhir haid anda serta menjalani pemeriksaan ultrasound seelok-eloknya dalam 3 bulan pertama kehamilan.


Sumber ; Majalah Harmoni
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)