Bila insan tak berlesen bercakap...

Anamarza
1
Salam,

Hari ni genap sebulan kita melangkah masuk ke tahun 2011 kan, pejam celik pejam celik, esok dah bulan februari.sekejap jerkan, cam saya sedar tak sedar dah masuk minggu ke-33 preggy, plan esok pergi rutin check up dan lusa lepas hubby balik sekolah kitaorang akan berangkat pulang ke Lipis, hari sabtu my sis nak bertunang...giveaway coretanku pun next week 7hb dah nak melabuhkan tirai..8hb akan diupdate kesemua peserta GA coretanku sekali dengan upload gambar hadiah tuk saguhati..

Ok la kali ni nak merapu pasal kereta, entry ni hanyalah pendapat seorang insan yg masih belum ade lesen lagi okeh..klau tak setuju ngan pendapat saya nih sila bangkang secara sopan eik...

Rasanya sesiapa pun bila first time dapat pegang stereng kereta sendiri (kereta sendiri bukan kereta pinjam eik...) mesti hati gumbira berbunga2 sampai bleh rasa cam terawang2an cam tak percaya pun ade kan...tak kira la kereta baru ker kereta lama mesti perasaan teruja tu tak banyak sikit ade kan? dah tu plak klau yg memang kaki kereta tuh mula la plan nak buat tu nak tukar nih nak kasi lagi gempak rupa kereta tu kan paling kurang pun tukar rim..tul ker?

Kekadang cakap jer lebih nak tukar2 nih kan buatnya nak kena budget duit jugak kan, base on my pengalaman ler oppss me n my hubby ler cakap sesame laki bini hikhikhik,

Kes tukar tu tukar nih tuh isu lain, nak tukar tak kisah asalkan still lulus jpj kan, tapi nih saya nak membebel pasal kereta yg standard tak de tukar2 bagai nih tapi letak bermacam2 accessori dalam kereta tuh sampaikan kita yg duk follow dari belakang nih tak bleh tembus pandangan ke depan, hanya nampak buntut kereta dan accesori dalam kereta tuh jer...

Klau drive dengan accessori yg sarat kat be;akang sampai tutup cermin belakang tuh tak ganggu ker nak tgk kereta belakang? memang la ade side mirror tapi tah la nak cakap sebab cam saya cakap la saya nih tak berlesen dan tak pandai bawak kereta jadi tak tahu la ganggu tak ganggu tuh,

Tapi pada saya la kan klau nak letak accessori pun biar la berpada, jgn la sampai letak bantal kusyen menutupi seluruh cermin belakang plak kan, ade sesetengah tuh letak anak patung yg gantung2 tuh penuh satu cermin belakang, tah kat mana cantiknya tak tahu la kat mata saya serabut ade ler..lagipun klau tak salah saya kita bleh beli anak patung tu dengan syarat kita jadikan permaianan tuk anak2 kita ker tapi klau tuk hiasan kita gantung dia rasanya tak boleh..tah la tu kena tanya yg lagi pakar la kan...

Klau nak letak bekas tisu pun elakkan dari letak bekas tisu yg berat2 cam dari kayu ker logam ker, sebab klau bekas tisu tu tak dilekat, klau time brek mengecut ker takut la bekas tisu tu terpelanting ke depan dan terkena kita plak kan kena kat kita tak pe camna klau terkena kat anak2 yg kecil, kekadang tuh tgk ade sesetengah kereta tu suka letak bunga yg besar2 nih, sampai nak penuh satu ruang cermin belakang tuh pun ade, klau setakat bunga jer tak per nih siap sekali ngan pasu, even pasu plastik pun still bleh terpelanting kita tak tahu kan kemalangan bleh berlaku bila2

Seeloknya klau nak letak perhiasan kat dalam kereta tuh pun biar la minima sahaja jgn over sangat, fikir segala kemungkinan dan keselamatan diri tu penting kan...so berhati2 dijalan raya bagi yg nak balik cuti tahun baru cina ni nanti...orang kata biar lambat asal selamat, saya tambah sikit, biar la kereta simple tak berhias asal diri dan orang tersayang selamat...

pssss: klau banyak sgt barang nak bawak balik cuba la elakkan letak barang kat cermin belakang atas speaker tuh eik, kurang selamat sikit..peacee!!!!
Tags

Post a Comment

1Comments

  1. bab bunga setaman tu.. paling tak blh tahan... hihihi!!

    kite mmg tak hias kete pun. rimas. biar seadanya jek.. cukup sekadar pewangi penyegar udara.

    hhmm... nk tambah sikit.
    utk gadis2 yg punya kereta sndr tu.. toksah la hias terlalu feminin sbb blh undang mata2 jahat mengekori. diorg blh agak sape empunya kereta melalui hiasan. dpt lak kalau drv sensorg.. tak ke bahaya....

    ReplyDelete
Post a Comment