Kenali jenis2 rahim dan kesannya terhadap kehamilan

Anamarza
0
Salam,

Sekadar perkongsian ilmu berkaitan jenis2 rahim ni. Sebagaimana yg kita tahu rahim merupakan organ sistem peranakan wanita yg sangat penting untuk mendapatkan zuriat. Jika tiadanya rahim, seseorang itu tidak akan didatangi haid mahupun hamil.

Ciri2 rahim yg diistilahkan sebagai normal ialah:
  • berbentuk seperti buah pir yg terbalik dengan badan yg lebih besar di bahagian atas serta muncung (pintu rahim atau serviks) dibahagian bawh.
  • bahagian serviks bercantum dengan faraj bagi membolehkan:
    1. darah haid keluar 
    2. laluan bagi bayi sewaktu proses bersalin normal
  • bahagian atas bercantum dengan saluran falopian dikanan dan kirinya
  • Saluran falopian pula membuka ke dalam ruang pelvis dan terletak berhampiran dengan ovari (kilang telur)
Gambarajah dibawah menunjukkan keadaan rahim yg normal:


Pic Sources: nycosmetics.com

Pembentukan Rahim berasal daripada percantuman sepasang tanduk rahim (duktus mullerian) yg berada di kanan dan kiri kawasan pelvis. Ia kemudiannya bergerak berdekatan dan bertemu/bercantum ditengah2 untuk membentuk 3 organ iaitu:
  • Sepasang saluran falopian
  • Satu rahim
  • Faraj bahagian proksimal(atas)

Namun begitu, ada sesetengah wanita mengalami pembentukan rahim yg kurang sempurna sewaktu di peringkat janin lagi. Masalah pembentukan dan percantuman duktus mullerian, boleh menghasilkan beberapa kelainan pada rahim (serta saluran falopian dan faraj) seperti berikut:
  • Proses pembentukan tidak sempurna boleh menyebabkan masalah :
    1. Ketiadaan rahim (Uterine Agenesis)
    2. Rahim kecil (Hipoplasia)
    3. Rahim sebelah contohnya, bertanduk satu (Unicornuate uterus) - mempunyai rahim bertanduk lazimnya tidak dikaitkan dengan kesukaran hamil ataupun masalah keguguran.
  • Proses percantuman tidak sempurna pula boleh menyebabkan masalah rahim bertanduk, sama ada :
    1. Rahim Berbadan dua ( Uterine Didelphy) dan tidak bercantum langsung
    2. Rahim berbadan satu tetapi berlekuk di ruang atas (Bicornuate Uterus) akibat duktus hanya bercantum separa - Bicornute Uterus juga tidak dikaitkan dengan masalah kesuburan tetapi ia boleh meningkatkan risiko keguguran, kedudukan janin tidak normal (songsang, melintang) kelahiran pramatang dan uri terlekat.
  • Kegagalan resopsi septum penengah boleh menyebabkan masalah :
    1. Rahim mempunyai dinding penengah (Septate Uterus)
    2. Kutub rahim berlekuk (Arcuate Uterus)
Pemeriksaan ultrasound, histerosalpingogram, pembedahan laparoskopinataupun MRI, dapat membantu mengenal pasti kelainan pembentukan rahim ini. Gambarajah dibawah menunjukkan jenis2kelainan pada pembentukan rahim :

Rajah 1: Bicornuate Uterus


Rajah 1 : Hanya percantuman separa sahaja. ruang dalam rahim 9tempat pembesaran janin) tidak sekata dan memberi risiko keguguran serta kelahiran pramatang. pintu rahim boleh sama ada satu ataupun dua


Rajah 2 : Uterine Didelphy


Rajah 2 : Kedua2 belah saluran falopian dan rahim terbentuk tetapi mengalami kegagalan percantuman dibahagian tengah. pintu rahim juga dua (bukannya satu)


Rajah 3 : Septate Uterus


Rajah 3 : Dinding tengah (tempat percantuman) tidak mengalami pelupusan dan kekal. risiko keguguran dan kelahiran pramatang juga meningkat


Rajah 4 : Unicornuate Uterus


Rajah 4 : Hanya sebelah kiri rahim dan sebelah kiri saluran falopian sahaja yg terbentyuk, manakala yg sebelah kanan sangat kecil atau langsung tidak terbentuk. Kemungkinan untuk mengalami komplikasi ketika hamil dan bersalin adalah tinggi, contohnya kelahiran pramatang.

Sumber : Majalah Harmoni, mulleriananomalies.blogspot.com, babycenter.com
 
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)