Himpunan Doa : Doa untuk suami/isteri & anak2

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Khasiat Dan Kaifiat Beramal

Apabila membaca episod terakhir dari surah al-Furqan itu , kita akan melihat Allah swt menyenaraikan sikap orang-orang yang Allah swt sayangi yang digelar sebagai Ibad al-Rahman. Antara sikap mereka ialah sentiasa berdoa agar dikurniakan pasangan yang saleh dan anak-anak yang saleh salehah . Al-Imam al-Baghawi menjelaskan , setiap mukmin bertanggungjawab memohon kepada Allah agar dikurniakan pasangan dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata .( Tafsir al-Baghawi, tafsir ayat 74 surah al-Furqan ).

Menurut Ibn Abbas, belaiu mentafsirkan anak-anak penyejuk mata itu sebagai anak-anak yang soleh dan solehah menggembirakan ayah ibu di dunia dan akhirat,manakala Ikrimah pula mengatakan,keutamaan anak-anak bukan pada cantik fizikalnya,tetapi pada ketaatannya/ ( Tafsir Ibn Abi Hatim, tafsir ayat 74 surah al-Furqan)

Sumber : FB Ustaz Zahazan Mohamed

Comments

Popular Posts