Dah lama teringin..dah lama mencari...

Anamarza
7
Salam,

Dah Sarapan? Sarapan apa pagi ni? saya just sarapan nasi lemak jer, tu pun bukan masak sendiri, kebetulan hubby bawak Rifqi round2 ngan kereta lalu kat kedai dia belikan nasi lemak, donut plak tuk budak2 berdua ni...bukannya tak buat sarapan langsung tadi, just buat sarapan simple2 jer, merasmikan Waffle maker yg baru di beli semalam, kebetulan bahan2 yg ade tak banyak cuma cukup tuk dapat 2 set waffle jer tapi sebab perasaan tak sabar2 nak cuba waffle maker a.k.a snack maker yg baru dibeli petang semalam, gagah kan juga buat, dapat la merasa waffle hasil air tangan sendiri. 2 set tu pun satu tuk hubby dan satu lagi tuk safiyya, saya just cubit sikit jer nak rasa...

Sebenarnya dah lama teringin dan mencari Waffle maker ni, disebabkan kat sini tak de pasaraya yg besar2 just cari kat kedai2 letrik jer, tu yg tak jumpa2 cari tu, cari kat giant pun tak de, survey2 kat forum byk yg kata beli kat Tesco, mana la nak jumpa tesco kat sini kan, last2 singgah kat Cosway, beli yg multi snack maker tu jer, harga mahal sikit la sebab snack maker ni 3 dalam satu, tuk buat waffle, tuk sandwich dan tuk memanggang...tak kisah la, janji boleh guna lama, bila2 terasa atau ade permintaan nak makan waffle boleh buatkan, asalkan bahan2 nak buatnya ade...

so ni la gambar percubaan pertama hasil me'waffle' pagi tadi,
sekejap jer licin sebab buat sikit jer kan...hihihi :



Lain kali nak cuba buat apple Waffle plak!!!

Post a Comment

7Comments

  1. sedapnya..susah jugak nk dpt ek waffle maker...

    ReplyDelete
  2. SALAM...DAPAT MANA RESEPI NAK BT WAFFLE YEK

    ReplyDelete
  3. Amie :>> kat sini jer susah, kalau kat bandar besar senang sikit nak jumpa, rasanyalah...

    Razz :>> cari jer kat tenet, berlambak boleh dapat, akak cuba resipi kat blog ummizaihadi.homesweethome.blogspot

    ReplyDelete
  4. singgah...brp yer harga snack maker nie??

    ReplyDelete
  5. salam deqlis dan rakan2

    saya ader jual portable waffle maker..

    berminat sila hubungi 019-3757936 erk

    feel free to browse my blog:

    putracollections.blogspot.com

    tq

    ReplyDelete
  6. cuba lihat kat blog ni untuk waffle maker.
    http://kedaifreepos.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Jenama apa sis..sayapun carik

    ReplyDelete
Post a Comment