Bertuahnya lelaki itu...

Anamarza
2
Salam semua,

Sekarang mood nak update blog, tenggelam timbul sama macam keadaan badan sekarang ni yg ade masa terasa letih sesangat, puasa tahun ni pun belum tentu penuh, ya la kalau wanita menyusu dan wanita hamil ade kelonggaran untuk tidak berpuasa kan..tapi setakat ni dah dua kali hamil dan kedua2 anak menyusu badan belum pernah lagi menggunakan keringanan untuk tidak berpuasa tu...cuma tahun ni terasa macam kurang bertenaga sedikit, walau macam mana pun akan cuba juga untuk berpuasa selagi tidak ade kemudaratan, Insyaallah....

Ok la berbalik pada tajuk atas tu, siapakah lelaki yg bertuah itu? bertuah dari segi apa kah dia? hahahah bukan la bertuah apa sangat pun, cuma nak story my hubby ni boleh dikatakan antara suami2 yg "bertuah" kerana dapat merasa sama simptom2 hamil/mengandung yg dirasai oleh isterinya ini...hihihihi "bertuah" yg "terseksa"....

 Sumber Mr.Google


Nasib baik la saya ni bukan jenis yg mengalami morning sickness ker loya ker muntah2 ker, kalau tidak lagi kesian la my hubby kena mengadap semua tu...cam saya ni kalau hamil cuma tak boleh skip or terlambat jadual makan, kalau buat sambil lewa jer bab2 makan ni perut mesti penuh angin, bila dah berangin tu sampai pening2 kepala dibuatnya...dan my hubby pun akan mengalami keadaan yg sama la jugak, cuma dia lebih teruk sampai muntah2 dek penangan angin ni, kesian tengok dia nak mengajar pun terganggu,ni la kuasa Allah S.W.T, nak bagi seorang suami tu sama2 rasa bagaimana seorang isteri hamil...agar suami tu lebih menghargai isterinya....baguskan?

Sebenarnya ni bukan la kali pertama hubby turut mengalami apa yg saya rasa, masa mengandungkan safiyya dulu memang dia tak rasa mana, cuma rasa sakit2 belakang dan lenguh2 kaki sahaja, tapi start dari mengandungkan Rifqi hubby sama2 rasa badan berangin, perut tak selesa, letih...tapi tuk kali ni lagi teruk bukan setakat berangin, perut tak selesa dan letih jer, sampai muntah2, pening, susah nak tidur, tak de selera makan...rasa kesian plak tengok dia camtu, nak buat kerje pun terganggu...sampaikan dia cakap, "abang surrender dah, mama ambil la balik, tak larat dah setiap kali mama mengandung abang rasa sekali" hahahahah.... tapi tak pe kebiasaannya simptom ni tuk awal2 kehamilan jer, pas2 ni kembali normal la plak...kalau ade pun rasa sakit2 belakang dan lenguh2 kaki jer la plak..tak pe ya sayang sabar.....

Dulu masa kerje pernah gak tengok ade seorang staf lelaki tu mengalami morning sickness time isteri dia mengandung, pagi2 mesti berulang ker tandas sebab rasa loya dan nak muntah, asyik minta asam...tak sangka plak my hubby pun dapat merasa dan berkongsi simptom mengandung ni, dan rasanya ramai jugak suami2 yg turut mengalami dan merasa sama simptom mengandung ni, ade yg suami jer alami morning sickness dan isteri yg mengandung tu pulak tak rasa apa2, ade suami dan isteri sama2 mengalami nya...ade jugak kes suami yg terlebih mengidam dari isterinya yg sedang mengndung tu...bertuah kan lelaki2 ini? bertuah kerana dapat mengalami pengalaman sama seperti isteri yg sedang mengandung....so suami2 sekalian hargailah isteri anda!!!


Tags

Post a Comment

2Comments

  1. lega klu mcm tu.. sy klu mengandung.. 4 bln pertama.. tak jamah nasi.. asyik muntah je.. smpai muntah hijau.. tp, biarla sy sorg je yg rasa.. husband bleh jaga sy.. klu husband yg kena.. susah jgk sy nk menjaga dia...

    ReplyDelete
Post a Comment