Menyiapkan diri untuk hamil...
Salam...
Bagaimana dengan anda hari ni sihat?? bagus la kalau sihat..cam saya ni tgh selesema dan batuk2 ringan, memang rasa tak selesa sangat, tapi masih sempat gak nak berblog...kali ni nak kongsi info berkaitan persediaan hamil...hmmm...dah bersedia ker nak hamil semula???Satu persoalan yg perlu ditanya kalau memang merancang nak anak lagi...
Rifqi pun sekarang hampir setahun setengah dah umurnya...rasa2nya ok kot kalau sekarang ni saya dan hubby cuba untuk mendapatkan anak ke-3...kalau ikut plan asal memang nak tunggu sehingga Rifqi dah putus susu badan..tapi bila difikir semula umur pun dah masuk 30 tahun, plus kalau pregnant sekarang dan bersalin tgh thn depan kira ok, Safiyya pun tahun depan masih belum wajib ke sekolah lagi,hmmm apa kaitan Safiyya belum bersekolah ngan baby baru eik???
So sebagai persediaan tuk merancang kehamilan jom kita tgk apa yg perlu kita tahu berkaitan persediaan hamil ni:
Mengikut pendapat pengamal perubatan moden, untuk hamil kita tidak boleh sesaje mengikut tabii manusia, atau bahasa pasarnya "kalau lekat kira rezeki la".Seharusnya kehamilan itu perlu lah dirancang terlebih dahulu, supaya zuriat yg bakal lahir nanti sihat dari segi jasmani, rohani dan mental.Setiap pasangan suami isteri perlu membuat beberapa persiapan sebelum bercadang mempunyai cahaya mata atau menambah bilangan anak. Antara perkara2 yg perlu di beri perhatian ialah:
Umur Yang Sesuai
Jalani Pemeriksaan Kesihatan
Ujian Darah Untuk Mengesan Penyakit Berjangkit
Kumpulan Darah
Taraf Pemakanan Yang Baik
Pengambilan makanan tambahan (supplement)
Jauhi perkara2 yg memudaratkan
Persediaan Mental Dan Rohaniah
Ok la tu jer..ade sesiapa nak tambah lagi...mungkin ade info yg saya terlepas pandang...bagi sesiapa yg nak tahu lebih lanjut boleh baca disini, disini dan disini...
Bagaimana dengan anda hari ni sihat?? bagus la kalau sihat..cam saya ni tgh selesema dan batuk2 ringan, memang rasa tak selesa sangat, tapi masih sempat gak nak berblog...kali ni nak kongsi info berkaitan persediaan hamil...hmmm...dah bersedia ker nak hamil semula???Satu persoalan yg perlu ditanya kalau memang merancang nak anak lagi...
Rifqi pun sekarang hampir setahun setengah dah umurnya...rasa2nya ok kot kalau sekarang ni saya dan hubby cuba untuk mendapatkan anak ke-3...kalau ikut plan asal memang nak tunggu sehingga Rifqi dah putus susu badan..tapi bila difikir semula umur pun dah masuk 30 tahun, plus kalau pregnant sekarang dan bersalin tgh thn depan kira ok, Safiyya pun tahun depan masih belum wajib ke sekolah lagi,
So sebagai persediaan tuk merancang kehamilan jom kita tgk apa yg perlu kita tahu berkaitan persediaan hamil ni:
Mengikut pendapat pengamal perubatan moden, untuk hamil kita tidak boleh sesaje mengikut tabii manusia, atau bahasa pasarnya "kalau lekat kira rezeki la".Seharusnya kehamilan itu perlu lah dirancang terlebih dahulu, supaya zuriat yg bakal lahir nanti sihat dari segi jasmani, rohani dan mental.Setiap pasangan suami isteri perlu membuat beberapa persiapan sebelum bercadang mempunyai cahaya mata atau menambah bilangan anak. Antara perkara2 yg perlu di beri perhatian ialah:
Umur Yang Sesuai
- Umur yang paling wajar untuk kehamilan dan kelahiran ialah antara 20 hingga 35 tahun.
- Risiko terhadap ibu dan bayi dalam kandungan meningkat sedikit di luar lingkungan umur itu, tetapi ini bukan bermakna wanita tersebut tidak boleh hamil langsung; hanya mereka memerlukan jagaan doktor yang lebih.
- Ibu yang terlalu muda dianggap belum sempurna dari segi jasmani dan rohani. Oleh itu bayi mungkin dilahirkan tidak cukup bulan.
- Ibu yang berusia lebih 35 tahun pula, organ-organ peranakannya sudah tidak begitu aktif menerima kehamilan. Selain daripada risiko tinggi anak cacat, ibu juga mungkin alami penyakit seperti kencing manis, darah tinggi atau kesukaran melahirkan anak.
Jalani Pemeriksaan Kesihatan
- Sebaiknya, setiap ibu yang ingin hamil patut mendapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu, sekurang-kurangnya 3 - 6 bulan sebelum hamil..
- Tentukan dia tidak menghidap penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung atau buah pinggang
- Seeloknya lakukan Lumuran pap (Pap Smear) bagi mengesan sebarang ketidak normlan di pangkal rahim (Kanser pangkal Rahim). Ini kerana jika disyaki ada sel kanser, anda perlu menangguhkan rancangan untuk mendapatkan anak.
- Ramai wanita hanya menyedari mereka mengalami masalah fibroid atau barah pangkal rahim ketika mengandung. Ini akan menimbulkan banyak konflik kerana rawatan kanser, khususnya berbahaya untuk kandungan.
Ujian Darah Untuk Mengesan Penyakit Berjangkit
- Ujian darah juga perlu dilakukan jika anda berisiko menjadi pembawa penyakit berbahaya seperti HIV atau talessimia (satu penyakit keturunan).
- Jika seseorang wanita itu menunjukkan beliau adalah pembawa gen talassemia (juga dipanggil talassemia minor), suami juga perlu menjalani ujian darah. Seandainya hanya isteri saja menjadi pembawa gen talassemia, ia tidak membimbangkan kerana anak hanya akan menjadi pembawa juga.
- Bagaimanapun, jika suami turut mengalami talassemia, anak bakal dilahirkan mempunyai kemungkinan 25 peratus mendapat penyakit talassemia major. Dalam keadaan ini, bayi dalam kandungan akan diperiksa ketika masuk bulan kedua.
- Penting untuk mengesan penyakit kelamin khususnya sifilis kerana ia juga boleh menyebabkan kecacatan bayi.
- Seorang wanita hamil yg didapati menghidap penyakit sifilis dan jika tidak dirawat, maka besar kemungkinan penyakit sifilis itu boleh menimbulkan beberapa masalah seperti keguguran, kematian bayi dalam rahim atau kelahiran bayi cacat.
- Pelalian seperti Rubella dan Hepatitis B sepatutnya telah diambil bagi mencegah penyakit berbahaya seperti jantung berlubang, penyakit hati, pekak dan bisu, cacat anggota ataupun terencat akal bagi bayi yang akan lahir
- Suntikan rubela — Wanita yang belum mendapat suntikan vaksin rubela dinasihatkan untuk berbuat demikian sekurang-kurangnya empat bulan sebelum berkahwin, terutama memang merancang mendapat anak secepat mungkin.
- Jika tidak, ambillah langkah pencegahan supaya anda tidak mengandung sekurang-kurangnya tiga bulan selepas suntikan vaksin rubela.
- Jangkitan virus rubela ketika mengandung boleh menyebabkan keguguran, kelahiran tidak cukup bulan, bayi meninggal ketika dilahirkan atau bayi anda mengalami kecacatan. Risiko ini lebih tinggi jika jangkitan berlaku pada awal kehamilan dan kerosakan akibat aktiviti virus akan bertambah dengan perkembangan janin.
- Ujian darah untuk hepatitis B — Virus hepatitis B menjangkit melalui darah dan cecair badan. Ini bermakna virus juga boleh diwariskan kepada anak dalam kandungan melalui kelahiran (normal atau pembedahan).
- Bayi mewarisi virus hepatitis B biasanya akan mengalami jangkitan kronik dan mempunyai peluang 25 peratus mendapat kanser hati pada usia muda.
Kumpulan Darah
- Penting juga bagi wanita yang akan mengandung mengetahui apakah jenis atau kumpulan darah mereka di segi kumpulan ABO dan rhesus.
- Biasanya kumpulan darah ABO tidak mempunyai kesan membahayakan kehamilan,
- TETAPI bagi wanita yang mendapati mereka dalam kumpulan darah negatif, ini boleh menimbulkan beberapa masalah ketika dia mengandung.
- Sekiranya seseorang wanita rhesus negatif berkahwin dengan suami yang darah rhesus positif, ini akan menimbulkan masalah terhadap kandungan. Antara masalahnya ialah keguguran, bayi mati dalam kandungan dan juga bayi lahir dalam keadaan kurang darah serta berpenyakit kuning.
Taraf Pemakanan Yang Baik
- Sebelum kehamilan dimulakan, tentukan taraf pemakanan ibu memuaskan. Ini boleh diukur di segi kesihatan dan paras hemoglobin dalam darah.
- Kekurangan darah atau anemia ketika hamil adalah membahayakan nyawa ibu. Paras hemoglobin yang wajar ialah antara 10 hingga 14 gm peratus. Ujian darah boleh dilakukan oleh klinik ibu dan anak.
- Jika berlaku masalah kurang darah, rawatan sewajarnya perlu dilakukan, ini bertujuan bagi mengelakkan tumpah darah yg mana boleh mengancam nyawa ibu2 yg kekurangan darah tadi ketika bersalin Kekurangan darah juga boleh menjejaskan pertumbuhan bayi dalam rahim.
Pengambilan makanan tambahan (supplement)
- Pastikan ibu makan makanan berkhasiat dan mengambil asid folik.
- Asid folik penting kerana ia berupaya mengurangkan risiko ketidaknormalan atau kecacatan pada otak dan saraf tunjang bayi sebanyak 80%.
- Folate banyak terkandungan dalam sayuran bayam, kacang buncis dan panjang, produk soya, kekacang, makanan diperkaya seperti jus, bijirin, buahan sitrus, ayam dan ikan.
- Pengambilan asid folik selepas disahkan hamil dianggap agak terlewat kerana ketika ini, bayi sudah pun terbentuk dalam rahim anda.
- Selain itu, wanita disaran mengambil pil zat besi yang boleh menambah darah. Lebih baik jika anda berbincang dengan doktor mengenai pengambilan makanan tambahan sebelum dan ketika hamil.
Jauhi perkara2 yg memudaratkan
- Berhenti merokok dan jauhi perokok.
- Begitu juga dadah, dan juga alkohol.
- Jika anda atau pasangan bekerja dengan bahan kimia, plumbum, anestetik atau sinaran x-ray, ini juga memberi risiko pada kehamilan.
- Ramai wanita memandang remeh kebaikan bersenam walau mereka sendiri tahu yg senaman boleh meningkatkan kesihatan.
- Masalah seperti kegemukan misalnya boleh menyebabkan wanita sukar mengandung dan ramai yang dinasihatkan untuk mengurangkan berat badan terlebih dulu.
- Ini kerana faktor kegemukan boleh menyebabkan perubahan hormon dan fungsi ovari (organ yang mengeluarkan telur) terjejas; akibatnya wanita lebih sukar untuk hamil dan berisiko mengalami keguguran atau bayi dilahirkan tidak cukup bulan.
- Disamping itu juga sepanjang waktu kehamilan, wanita gemuk berisiko untuk mengalami keguguran, kencing manis dan tekanan darah tinggi yang menyebabkan mereka mungkin terpaksa menjalani pembedahan ketika bersalin kelak. Namun apa yang lebih kerap terjadi ialah bayi dilahirkan tidak cukup bulan sama ada secara normal atau pembedahan.
Persediaan Mental Dan Rohaniah
- Persediaan mental juga sama penting dengan persediaan jasmaniah.
- Tentukan setiap kehamilan itu benar-benar dirancang dan dikehendaki serta kedatangan bayi dinantikan, bukan berlaku secara kebetulan.
- Kehamilan yang tidak disengajakan boleh menimbulkan masalah hubungan dan kasih saying antara ibu dan bayi. Keadaan ini mungkin boleh menjejaskan perkembangan mental dan akhlak bayi itu dalam jangka panjang.
- Dapatkan ilmu sebanyak mungkin tentang kehamilan, kelahiran serta penjagaan dan pendidikan anak. Seseorang ibu yang menempuhi kehamilan dan kelahiran patut mendapat sedikit pengetahuan mengenai proses tersebut. Tanpa pengetahuan, ia boleh menyebabkan tekanan bukan sahaja kepada tubuh badan tetapi juga mentalnya. Tekanan ini pula menyebabkan beberapa masalah emosi dan psikologi.
- Sentiasa berdoa untuk mendapat anak yang sihat, cerdik dan baik akhlaqnya. Doa yang boleh diamalkan antaranya, doa Nabi Zakaria A.S., dalam al-Quran yang maksudnya:
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepada ku dari sisimu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa pemohonan”. - Minta suami membaca doa sebelum bersama agar mereka tidak disertai oleh syaitan. Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya:
“Jika seseorang daripada kamu hendak mendekati isterinya bacalah Bismillah, Ya Allah jauhkanlah syaitan dari kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Kau rezekikan kepada kami (daripada anak-anak )”.
Ok la tu jer..ade sesiapa nak tambah lagi...mungkin ade info yg saya terlepas pandang...bagi sesiapa yg nak tahu lebih lanjut boleh baca disini, disini dan disini...
gud info..leh prektik nnt..
ReplyDeletebagus2.. sesamalah kita menambah umat nabi Muhammad ;-) tak sihat sebab rifqi nak dapat adik kot....
ReplyDelete