Menu minum petang semalam...

Selamat pagi...

Ni menu tuk minum petang semalam, masa tengah2 buat ni hubby tegur.."mama sekarang ni rajin sungguh memasak eik" hmmm ayat perli tu, ya la sebelum ni macam malas jer nak mencuba apa2 resepi balik2 menu yg sama jer tuk menu petang...kalau dah malas sangat setakat hidang roti gardenia tak pun buat cekodok jer tuk minum petang...

Kali ni cuba buat Churros plak, tapi tak tahu la jadi ke tak Churros ni, rupa cam biasa la tak semengah, Tak kisah la, dah namanya amatur yg baru belajar2 memasak ni, skill tu kurang jadi hasilnya tak la sempurna mana, dah tua baru nak rajin cuba resipi ni la gayanya, muda2 dulu tak nak merajinkan diri ke dapur..hmmm nasib la...


Ok la layan gambar yg tak berapa nak clear ni eik...


Resipi ni first tgk kat rumah hanamemories, then tgk member masa sekolah dulu (pae a.k.a Izahdaut)buat, so cuba jugak la membuatnya sbb cara nak membuatnya cam senang dan bahannya pun mudah, tak caya tgk kat bawah ni:

Churros
Bahan-bahan
1 cawan air
1 sudu makan gula
11/2 cawan tepung gandum - hana buh 11/4 je
1 biji telur - size L
1/2 sudu kecil garam
1 sudu makan butter
For dusting - Gula+cinnamon powder atau hot chocolate

Cara-cara
Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul2. Angkat dari api. Masukkan telur dan kacau sebati. Bleh rujuk cara2 wat Cream Puff. Cara2 yer bukan bahan2. :)
Panaskan minyak. Masukkan adunan ke dalam acuan (bleh gune nozle bentuk bintang dan masukkan lam piping bag). Picit dan potong panjang ikut suka@ picit dan bulatkan macam french crullers. Goreng hingga keemasan.Angkat dan toskan.
Taburkan gula+cinnamon atau celupkan ke dalam hot chocolate.

Ok happy blogging!!!!

Comments

  1. alhamdulillah jenuh mencari resepi ni., xtau apa nama sebenar., mcam2 keyword dah guna xjmpa2..lbey krang 4 hari dah, arini baru jumpa heheee., btw tq 4 d resepi :')

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts