Berapa yang korang bayar???

Anamarza
1
Selamat petang..

Tetiba terfikir, berapa korang bayar untuk bil elektrik rumah korang eik? berapa banyak yang korang guna dan rasa berbaloi tak dengan bil yang korang perlu bayar? Pernah tak korang terima bil yang hampir dua kali ganda dari bil bulan yang sebelum ni?
 Bukan apa, bil elektrik kami hampir dua kali ganda dari bil bulan lepas, bulan 3 hari tu terima bil tembak yg di pos atau just bil anggaran jer, then bulan empat baru terima bil yang tertera tuk dua bulan sekali (bulan 3 dan bulan 4) dia dah tolak la bayaran yg dah dibuat tuk bulan 3 tu, tapi yang peliknya kenapa la bil bulan 5 ni sama banyak dengan bil tuk 2 bulan sebelum ni..nak kata guna lebih tenaga rasanya tak de la pulak, macam bulan2 yang sebelum ni jugak, disebabkan bil bulan 4 tu pun kira agak mahal so dah ambil langkah berjimat tenaga letrik dah, tu yang hubby tak puas hati tu, dah tanya kat TNB diaorang suruh tunggu tengok bil bulan 6 ni macam mana plak..tah la, mungkin penggunaan Laptop ni beri kesan jugak kot, dan rasanya tak dapat la nak kurangkan tenaga sebab bila dah ade oven ni kerje nak membaking jer rasanya..tambah plak piala dunia dah bermula ni...

Tapi walau macam mana pun tetap kena berusaha jugak tuk jimatkan tenaga elektik ni..chaiyok!! chaiyok!!  Jom tengok apa yang boleh dipraktikan tuk jimat  tenaga elektrik ni:
  1. Lakukan Audit tenaga di rumah; bagi menjamin sistem pendawaian yang betul. 
  2. Tutup mana2 suis yg tidak digunakan, peralatan yang berada pada mod sedia masih menggunakan tenaga elektrik.
  3. Ikut panduan pemasangan dan penggunaan sesuatu barangan elektrik bagi mendapatkan penggunaan yang cekap tenaga (Kecekapan tenaga (elektrik) bermaksud kita menggunakan tenaga
    elektrik yang minima untuk menyempurnakan kerja yang sama dirumah)
  4. Ruang Dapur;
    • PetiSejuk dan penyejuk beku:-


      • Pilih Peti sejuk yang memenuhi keperluan keluarga
      • Peti sejuk 550W akan menggunakan tenaga elektrik yang bernilai RM22.50 sebulan.
      • Membuka pintu peti sejuk atau penyejuk beku berulang kali akan membazirkan tenaga.
      • Nyah fros penyejuk beku apabila terdapat fros setebal 6 mm (1/4 inci), boleh tutup suis peti sejuk kalau nak nyah fros.
      • Suhu yang diselaraskan pada -18ºC akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 60kWj setiap tahun iaitu bersamaan RM13.
    • Cerek:-


      • Elemen pemanas juga hendaklah selalu dibersihkan untuk mengurangkan pengunaan tenaga.
      • Didihkan air dengan menggunakan dapur gas kerana ini lebih murah dan efisien.
      • Lebih besar saiz cerek, lebih lama masa yang diambil untuk memanaskan
        air. Oleh itu penggunaan tenaga elektriknya adalah lebih tinggi.
    • Ketuhar dan ketuhar gelombang mikro:-


      • Ketuhar gelombang mikro menjadi pilihan kerana ia menggunakan tenaga yang kurang dan masak lebih cepat berbanding ketuhar elektrik biasa. la juga boleh memanaskan
        makanan anda dengan cepat dan boleh menjimatkan tenaga elektrik sebanyak 10-25%.
      • Ketuhar gelombang mikro menjimatkan 75% tenaga berbanding ketuhar elektrik biasa kerana keperluan tenaganya yang rendah dan masa memasaknya yang singkat.
      • Elakkan daripada memanaskan ketuhar terlebih dahulu sebelum memasak. Ketuhar boleh dipadamkan 5 hingga 10 minit sebelum had masa memasak kerana ini dapat menggunakan haba yang tersimpan di dalam ketuhar. Ini dapat menjimatkan 10-25% tenaga elektrik untuk memasak.
      •   Hud dapur


        • Hud dapur yang menggunakan motor berprestasi tinggi kurang menggunakan tenaga dan tahan lebih lama.
    • Tempat membasuh dan bilik air;


      • Pemanas air:-


        • Pilih pemanas air jenis segera ia kurang menggunakan elektrik berbanding pemanas air jenis takungan.
      • Mesin basuh:-


        • Mesin basuh automatik jenis muatan atas menggunakan tenaga yang kurang daripada mesin automatik jenis muatan depan.
        • Basuh hanya apabila muatan mesin telah penuh. Mesin basuh yang penuh muatannya akan menggunakan elektrik yang sama dengan yang muatan separuh.
          contoh pengiraan:
          Kos membasuh 1 muatan penuh basuhan atau separuh muatan adalah sama iaitu pada RM0.18
          Bagi basuhan harian muatan penuh atau muatan separuh, kos seminggu adalah tetap sama iaitu pada RM0.18 x 7 = RM1.26
          Manakala basuhan muatan penuh 3 kali seminggu hanya melibatkan kos mingguan sebanyak RM = RM0.54
          Ini bermakna basuhan 3 kali seminggu dengan muatan penuh basuhan akan menjimatkan RM37.44 setahun. Oleh itu elakkan basuhan melibatkan separuh muatan.
    • Seterika


      • Seterika wap akan menggunakan lebih elektrik daripada seterika biasa
      • Gunakan seterika ringan untuk tujuan menggosok kerana ia lebih cepat panas dan kurang menggunakan tenaga. Seterika berat akan mengambil masa yang lebih lama untuk panas sebelum boleh digunakan,
      • Gosok fabrik yang memerlukan suhu rendah dahulu bagi mengurangkan masa pemanasan.
      • Kumpul dan gosok pakaian dalam jumlah yang banyak pada satu masa. Pemanasan seterika
        memerlukan elektrik dan pembaziran elektrik akan berlaku setiap kali seterika ini digunakan untuk menggosok beberapa helai pakaian.
    • Penyaman Udara:


      • Gunakan bumbung atau siling berpenebat serta cuba untuk meminimumkan pelepasan udara sejuk melalui bawah pintu dan tingkap (gliskan tingkap), ini boleh membantu mengurangkan penggunaan elektrik bagi penyejukan
      • Penebatan dan pengglisan akan mengurangkan bil elektrik sehingga 40%.
    • Kipas:


      • Bagi mengurangkan kos penggunaannya adalah dinasihatkan agar memilih kipas yang efisien memandangkan tempoh penggunaan kipas yang panjang iaitu sehingga 12 jam setiap hari
    • Komputer:


      • Komputer riba menggunakan 30% kurang tenaga berbandingkomputer meja.
      • Elakkan daripada membiarkan komputer pada mod sedia
      • Rujuk jadual penggunaan tenaga mengikut mod operasi dibawah


    • Lampu:


      • Beli lampu cekap tenaga dan boleh menjimatkan tenaga sehingga 80% bil lampu pada jangka masa yang panjang
      • Harga untuk lampu cekap tenaga jenis lampu kalimantang mampat (CFL) walaupun ia mahal, namun ia akan lebih menjimatkan tenaga kerana rendah penggunaan elektriknya.
    Itu sahaja kot... untuk maklumat lebih sila rujuk "Buku Panduan; menggunakan tenaga dengan cekap di rumah"...happy blogging!!!

    Tags

    Post a Comment

    1Comments

    1. so far rasenye bil letrik umah ni berpatutan jek.. pasal kitorang pun jarang duk umah.. (16jam kt kedai, 8 jam je kt uma) every month area Rm30 - Rm40...

      klu guna mesin basuh mmg besenye yan akan basuh bile muatan penuh saje.. kecuali tuk basuh CD la..

      kt umah letrik pakai tu esbok, tv, lappy, water heater, kipas & lampu... tu jekla kot..

      ReplyDelete
    Post a Comment