Anda tahu apa itu Kalori????

Anamarza
0
Kali ni nak story pasal kalori plak..n3 baru2 ni saya ade sentuh pasal pengambilan kalori klau nak turun berat atau nak naikkan berat...dalam dok coret entry pasal penyusuan dan naik/turun berat tu..tetiba terfikir plak :
  • Apa dia kalori?
  • Camna nak tahu makanan apa yg kurang kalori dan apa plak makanan yg tinggi ngan kalori???
  • Camna nak kira sebanyak mana kita dah bakar kalori dan sebanyak mana plak kita kena ambil???
  • Berapa banyak kalori yg kita perlu ambil???
So jom kita sama2 kaji kalori ni.....

Apakah dia kalori?
Kalori ialah unit ukuran untuk tenaga. Setiap orang memerlukan tenaga untuk hidup. Kita mendapat tenaga daripada lemak, protein dan karbohidrat. Tenaga yang di ubah dari makanan di panggil kalori.Kalori di ukur dalam unit joule.

Lemak menghasilkan kalori terbanyak mengikut berat 9 kalori bagi setiap gram. Nutrien lain tidak memberi kesan kepada nilai tenaga makanan. Oleh yang demikian, makanan yang mengandungi banyak lemak adalah tinggi kalorinya. Sebaliknya, makanan tinggi kandungan airnya seperti sayur-sayuran dan buah-buahan rendah kalorinya.

Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Berapa Kalori yg perlu diambil?
Rajah dibawah adalah keperluan tenaga/kalori untuk sehari di Malaysia.

Keperluan kalori kita adalah berbeza sepanjang hayat. Ia bergantung kepada perubahan fisiologikal yang berlaku dalam badan seperti:
  • peringkat tumbesaran,
  • Semasa mengandung
  • Menyusu anak,
  • Taraf kesihatan
  • Aktiviti yang dilakukan.
Golongan dewasa dan warga emas memerlukan kalori yang kurang kerana aktiviti dijalankan adalah berkurangan berbanding dengan individu yang lebih muda dan aktif.

Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Secara ringkasnya Lelaki dewasa memerlukan 2000-2500 kalori manakala Wanita dewasa pula memerlukan 1600-2000 kalori.

Orang dewasa perlu menentukan pengambilan dan penggunaan tenaga yang seimbang untuk mengawal dan menetapkan berat badan.

Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian "Maklumat Pemakanan" dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam "gram" nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.
Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!

Apa akan berlaku jika saya makan lebih dari yg diperlukan?
Sekiranya kita mengambil lebih kalori dari yang diperlukan, badan akan menyimpan lebihan kalori tersebut sebagai lemak di dalam hati dan di bawah kulit serta dalam bentuk glikogen di otot-otot.Lemak simpanan ini akan digunakan jika lapar, untuk memberi tenaga.

Bagi setiap 3,500 kalori yang disimpan, berat badan akan naik lebih kurang 1 lb(450 gram). Manakala untuk setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.

Oleh yang demikian, sekiranya seseorang itu mengguna lebih tenaga dari yang dibekal, berat badan boleh dikurangkan. Walau bagaimana pun, bilangan kalori yang perlu bagi mengekalkan berat badan bergantung kepada umur, saiz, cara hidup (terutama senaman dll), komposisi badan dan keturunan.

Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari?
Contoh:-
Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalori
Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).

Bagaimana untuk bakar kalori?
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!

Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.

1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8) Erobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori

o O O Tata Jumpa di entry yg lain....!
o ___ _ _
TS__[O] |___| _(_)_ _(_)_ _(_)_ _(_)_ _(_)_ _(_)_ _(_)_
{======|_|"""""|_|"""""|_|"""""|_|"""""|_|""""|_|""""|_|""""|
./o--000'"`-0-0-'"`-0-0-'"`-0-0-'`-0-0-'"`-0-0-'"`-0-0-'`-0-0-'"
,.+""-., ,.-""+.,
,.+""-.,_,.-""+.,

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)