13 Cara Kawal 'Permintaan Perut'

Anamarza
0
Rasanya ramai yg dapat turun berat sepanjang bulan ramadan dulukan???cam kakak dan adik perempuan saya, ramadan baru ni diaorang dapat turun kan sedikit berat diaoarang...dan sekarang kembali semula kawal makan nak maintain berat...tapi klau dah namanya raya tu mampu ker nak maintain????

Kat sini saya nak kongsi tip nak kawal diet yg di inspirasi dari majalah NUR keluaran Oktober 2009..tip ni tak sesuai tuk saya yg nak naikkan berat badan, tapi mungkin bergyuna tuk orang lainkn....
  1. Makan sebelum menghadiri undangan makan : Kebiasaannya saya pun akan biar perut kosong jgk sblm nk p umah terbuka...ya la dh org jemput mkn kita mkn la kn tp bagi yg nk berdiet elok la isi perut sedikit sblm p umah terbuka tu, kebiasaannya bila dh berjumpa ngan kwn2 sibuk bersembang ade masa kita tk sedar terbyk mkn, tp klau perut dh diisi siap2 sblum pergi time nk mkn tudgn sendirinya perut akn kasi signal dh penuh mkn sikit jer..tul tk???
  2. Jangan Terlalu Melayan Perasaan ingin makan : Pastinya di dapur setiap umah byk lagi kuih raya..terutama yg memborong kuih raya sampai tk ingat dunia tu kn??? ade masa rasa kesian kt kuih2 tu klau tk mkn, klau kt ofis pun masing2 bwk kuih raya..so ingatkn diri anda tuk mkn berkadaran shj
  3. Makan lebih byk sup dan sup tanpa krim : No komen la..raya2 ni juadah umah terbuka jarang yg hidang sup, tapi klau masak sendiri elok gak masak sup tuk diet....
  4. Ambil Makanan Rendah Kalori Terlebih dahulu sebelum makan makanan yg tinggi kalori : Anda perlu tahu makanan apa yg diketegorikan sebagai rendah kalori..klau tak tahu pun ambil buahan dan sayuran dulu baru makan makanan yg lain....
  5. Guna Piring Yg Lebih Kecil : Cara ni akan berkesan klau anda tak mengulang ambil makanan byk kali...kalau juadah yg dihidang tu byk jenis ade masa kita akan makan satu jenis dahulu kemudian akan beralih ke satu jenis makanan pulakkan???so kena beringat je la!!!
  6. Setiap Kali makan, mulakan dulu ngan Sayur dan Buah-buahan : Ikut konsep makan pun, kita digalakkan makan buah dan sayuran dahulu sebelum makan makanan yg berat seperti nasi..tapi kebiasaan kita buahan tu dimakan sebagai pencuci mulut...so tentukan pilihan yg terbaik tuk diri anda!!!!
  7. Mulakan hari anda dengan mengambil sedikit sarapan : Saya percaya pada pengambilan sarapan..ya la konsep makan sebelum lapar berenti sebelum kenyang, makan dalam kuantiti yg sedikit tapi sentiasa menepati waktu makan..kalau kita tak bersarapan kemungkinan tuk makan byk lunch tu tinggi gak..melainkan anda seorang yg berdisplin dan tak de masaalah gastrik ok la kot tk ambil sarapan
  8. Cuba yakini bahawa makan juga mempunyai tujuan iaitu hidup sihat : Walau pun saya berazam nak naik badan tapi tk la pulak melantak sampai tak ingat dunia, kerana klau salah makan boleh jadi racun plak kn...bagi yg nk diet tu elok la ikut sunnah nabi kunyah 40 kali...makan apa yg badan kita perlu sahaja bukan ikut apa yg nafsu mahu....
  9. Jika anda hadir ke majlis keraian yg ada acara makan-makan, tanamkan dalam hati, anda hadir kerana menziarahi kawan atau saudara dan bukannya untuk makan : memenuhi undangan/jemputan tu boleh dikira wajib klau kita tiada keuzuran atau punya waktu, jadi makan la sekadar menghormati tuan rumah bukan melantak kerana byk makanan yg disedia...
  10. Jgn lupa bersenam : Satu perkara yg sering diabaikan oleh masyarakat kita terutama time syawal ni..dek kerana nk memenuhi undangan umah terbuka yg byk kita kekadang terlupa nk bersenam, ya la kebanyakan umah tebuka dibuat hujung minggu dan kebiasaan kita plak nk bersenam nk tunggu hujung minggu jugak..so bila dah terclash ngan jemputan tu....
  11. Elakkan minuman manis dan bergas : satu lagio perkara yg susah nk dielak..biasanya tn umah yg anjurkan umah terbuka cara paling senang ialah beli minuman bergas tuk dihidang pada tetamu tak perlu susah2 nak bancuh..kita pun nak tak nk akan minum gak..minum tu tak salah asalkan kita cover blik dengan lebihkan minum air kosong pulak dah balik dirumah nanti..jgn sampai seharian langsung tak sentuh air kosong sudah la..biarpun jemputan umah terbuka tu dari pagi sampai malam tapi sebaik2 nya kita cari peluang tuk minum air kosong klau dah susah sgt nk elak minum minuman bergas atau minuman manis tu...
  12. Elak tidur selepas makan malam : mmm...seeloknya makan sebelum kul 8 mlm..klau lapar lagi just makan buah atau something yg ringan tapi berkhasiat...
  13. Kuatkn hati dan iman, pasti anda berjaya lakukannya : part yg terpenting klau tak kuatkn tekad asyik fikir tak pe tak pe, ala sekali sekala jer hanya bulan syawal ni jer...susah la kan..umah terbuka umah terbuka jugak, kesihatan nak kena jaga jugak..jgn dek kerana nak memenuhi undangan kwn kita abaikan pemakanan kita plak....
ok selamat memenuhi undangan umah terbuka dan selamat menjaga pemakanan......

o O O Tata Jumpa di entry yg lain....!
o ___ _ _
TS__[O] |___| _(_)_ _(_)_ _(_)_ _(_)_ _(_)_ _(_)_ _(_)_
{======|_|"""""|_|"""""|_|"""""|_|"""""|_|""""|_|""""|_|""""|
./o--000'"`-0-0-'"`-0-0-'"`-0-0-'`-0-0-'"`-0-0-'"`-0-0-'`-0-0-'"
,.+""-., ,.-""+.,
,.+""-.,_,.-""+.,

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)