Ramadhan ke-3

Dah pun masuk hari yg ke-3 kita berpuasa...pastinya mana budak2 yg baru belajar puasa tu hari ni dah tak rasa letih or lapar sangat..dah semakin membiasakan diri dgn keadaan berpuasa...safiyya kecil lagi so belum mula latih dia berpuasa lagi..cuma baru nak kenal kan dia dengan apa itu puasa..setakat ni dia blum faham lagi....

Hari ni jugak adalah hari ke- 3 Safiyya dan Rifqi turut sama bangun time waktu bersahur..Safiyya pantang mama bangun pasti tanpa mama sedar dia akan mengekori dari belakang..lagak orang mamai jer..macam bangun mengigau jer..dah sampai dapur baru cerah skit matanya..mula la minta susu....

Rifqi cam biasa mama dah ade kat dapur baru jer nak tolong hidang makan sahur dia dah melalak kat dalam bilik..sedar jer mama dah tak de kat sebelah..nasib baik bila angkat dan letak kat dalam buai dia senyap semula..tapi time mama makan mmg kena enjut la buai tu..nasib baik buai dah memang letak kat ruang makan...

klau time berbuka Safiyya tak menganggu...cuma Rifqi jer time tu dia tak tido..letak dalam walker dia tak meragam asalkan ade suap skit nasi yg dah dilenyek2 kat dalam mulutnya senyap la dia...

tinggal beberapa hari jer lagi berpuasa bersama my hubby..nanati dia akan pulang semula ke Kuala Terengganu...jumpa semula mungkin dekat nak raya nanti plak...

,.+""-., ,.-""+.,
# Jumpa#

* Lagi *

,.+""-.,_,.-""+.,

Comments

Popular Posts