Terkenang - kenang : Permainan

Zaman anak2 kita la ni bermacam2 jenis permainan ade, pc game, online games, pelbagai jenis alat permainan.. pendek kata mewah ngan games la...macam safiyya ni saya memang seboleh2nya tak nak belikan dia alat permainan ni..bukan ape main sekali je pastu dia campak tah kemana....

Jauhnya perbezaan zaman saya kecil2 dan zaman anak saya ni macam langit dan bumi...hihihi.. usah kan nak banding ngan zaman mama dan Zaman Humaira... Kalau banding ngan zaman adik bungsu saya ni pun dah jauh jgk bezanya...kalau tanya dia main kundang kundi macam mana..for sure dia tak leh jawabnya lah....

Kat bawah ni saya senaraikan Permainan yang pernah saya main dan klau tak pernah main pun pernah tengok orang main la...
  • Main Kejar2 : kira macam main berlari kejar orang dan cuba tangkap orang yg berlari tu je
  • Main Lompat Getah @ Zero Point : sambung getah gelang tu panjang2, kena ade 2 org utk pegang kedua2 hujung. 2 orang ni tadi akan pegang dan orang yang melompat perlu bermula dari bawah, lepas peringkat bawah tu getah akan diangkat ke paras lutut, pinggang, ketiak, bahu sampailah ke kepala. Nak main paling kurang kena ade 3 orang, tak pun kena ade 2 pasangan la...
  • Main Tutup Botol : Main ni kena ade kemahiran menjentik dan mengagak jarak, kebiasaannya 5 penutup botol air minuman bergas diperlukan. caranya susun kelima2 penutup btl td dan pusing menggunakan 2 jari tangan kanan dan kiri, satu tin akan diambil oleh pemain manakala pihak lawan akan tentukan tin yg mana perlu dijentik ke tin yg mana..berjaya menjentik ke sasaran, kelima2 penutup tin tadi akan di 'timbang' ngan tangan untuk kumpul markah...dulu saya pakar main ni...hihihi..bleh kalah budak lelaki...
  • Main Kundang Kundi : Mermerlukan 2 batang kayu satu panjang dan satu lagi pendek, saiz lebih kurang besar ibu jari orang dewasa tak pun guna rotan. Juga perlu ade lubang yg dibuat ditanah utk diletakkan kayu pendek tadi, sapa2 yg pernah main tahu la permainan ni camna, saya pun dah ingat2 lupa camna nak main, klau tak silap kayu pendek tu dibaringkan melintang atas lubang dan dicungkil guna kayu panjang, pengiraan akan dibuat guna ukuran kayu pendek tadi start kat mana kayu tu jatuh sampai ke lubang tadi (ya kot!!!), selepas tu letak kayu pendek dalam lubang dan hujungnya dipukul bila kayu tadi terpelanting keatas pukul kehadapan, then kira mcm tadi....
  • Main Pondok2 : kira macam main masak2 la, kecil2 dulu guna tempurung, kayu sebagai peralatan dan tanah dan daun sebagai bahan masakan, lagi advance buat pondok guna atap pedar tak pun ranting pokok....
  • Main Rebut Tiang : rasanye kitaorang je kot main ni, selalunya kitaorang main kat rumah nenek yg ajar ngaji..hihihi..kiranya sebelum ngaji sempat main dulu la...kemahiran akrobatik diperlukan sebabnya nak tukar dari satu tiang ke tiang yg lain bukan senang, tak kena gaya jadi la orang yg menunggu tiang yg kosong....kiranya mcm satu hujung kaki kena ade kt tiang sendiri dan hjung tangan plak kena sampai kt tiang kwn yg nk ditukar, terlepas je kaki orang yg tak bertiang td akan rebut tiang kita td....
  • Main Hantu2 : ni satu lg permainan yg kitaorang je main. permainan ni pun kitaorang main kat rumah nenek tempat ngaji tu jgk sbbnya belakang rumah dia ade batu bsr2 bleh jd tempat bermain. nak mainnya senang sangat, cuma kena ade sorang jd hantu (namanya hantu putih) yg lain jd bakal mangsa, bila mangsa keluar rumah hantu akan kejar dan tangkap, sapa yg kena tangkap akan jd hantu plak...hahaha..bodo2 je permainan dulu2 tapi seronok.....
  • Main Kapal Terbang : ade orang panggil main jengket2, lukis kotak2 kat tanah pastu bila nak main kena melompat guna sebelah kaki, perlu ade buah nak baling kat dalam kotak tu sebelum mula main...
  • Main Tarik Upih : ni memerlukan kekuatan fizikal sebab nak tarik kawan kita yg duduk dalam upih tu, biasanya guna upih pinang la....fuh..letih main ni tapi seronok bila bertanding sapa dulu sampai..
  • Main Pangkah tin @ Selipar : Permainan ni rasanya ramai yg tahu, saya jarang main ni... nk main kena susun tin atau selipar, pastu baling guna selipar juga utk jatuhkn susunan td...
  • Main Sembunyi : main sorok2 seorang kena tutup mata dan kira sampai 20 ke 100 ke dan yg lain kena sembunyi, dah abis kira dia kena cari semua yg bersembunyi tadi sapa yg dijumpai mula2 akan jd tukang cari pulak...
  • Main Batu Seremban : perlu ade 5 atau 7 batu, kemahiran mengambil dan melambung batu kena ade..dulu2 pun terer gak main ni..la ni tah la dah lama tak main tumpul dah kot skil..hihihi...
  • Main Congkak : tak pernah ade kayu congkak tu, biasanya kitaorang korek tanah buat lubang congkak je, teringat zaman main congkak bawah rumah nenek tempat ngaji dulu...seronoknya..tapi kotor tangan la....
  • Main Lidi : perlu ade segenggam lidi berukuran sejengkal (lebih kurang la), genggam lidi tadi secara menegak then lepaskan, cuba ambil setiap lidi guna satu lidi sebagai 'pencukil' tanpa menggerakkan atau menyentuh lidi yg lain, huh...perlukan penelitian dan focus nak main ni....
  • Main tepuk daun terup kecik : kalau gambar daun terup tu bila kita tepuk tangan ke lantai dan angin tu terlungkupkan daun terup tadi ke bawah daun itu jadi hak kita..dan sapa yg dapat kumpul daun terup kecil tu paling banyak dia menang....
  • Main Kaki Gajah : ni main guna 2 tempurung kelapa yg dah diikat / disambung tali. masukkan celah cari kaki kat hujung tali tadi dan jalan/ berlumba. selalunya main masa sukaneka kat sekolah...
  • Main Galah Panjang : permainan ni saya tak berapa mahir sangat, tapi pernah la main... kena ade berapa orang eik nak main ni?????
  • Main Lari Dalam Guni : ni pun permainan main masa sukaneka kat sekolah rendah dulu je....
  • Main Perang2 : permainan ni kena ade 2 pemain, setiap pemain kena lukis teritory masing2 kat hujung satu helai kertas pastu tuju ke kem pihak lawan..aduh..lupa la dah camna....
  • Main Lumba Kereta : ni pun main guna kertas je..mula2 lukis gambar kereta kat satu helai kertas pastu satu helai kertas lagi lukis gambar rali/ jalan berliku2 skit untuk jd tempat berlumba...satu kn kedua2 kertas dan gerakkan keret td ikut jalan yg dah dilukis tadi..ingat2 lupa la tengok budak kelas je main dulu tak pernah main sendiri..
  • Main ABC : ni permainan menguji minda, mula2 tentukan ketegori apa samaada buah-buahan, binatang, negara, rancangan tv atau apa je la..kira berapa jari yg dibuka yg diletakkan ke lantai menggunakan huruf...contohnya pilihan kategori ialah binatang dan kalau last jari yg dikira ialah huruf K, setiap seorang dengan cepat perlu menyebut binatang yg bermula dengan huruf K td, pemain yg last sekali menyebut atau sesiapa yg tak dapat memberikan jawapan akan dijentik sebagai denda....
  • Main Ayam Dan Musang : Perlu ade seorang jd musang, seorang jd ibu ayam dan yg lain jd anak ayam, musang akan cuba menangkap anak ayam, manakala ibu ayam akan cuba menjaga anak2nya...
  • Kambing dengan musang : Perlu ade seorang jadi musang seorang jadi kambing dan yg lain jadi pagar mengelilingi kambing tadi, musang akan cuba masuk dalam pagar dan cuba menangkap kambing, pagar kena jaga kambing baik2...hihihi..waktu tadika dulu selalu main permainan ni....
  • Main Enjit2 Semut : ni permainan tak de penghujung, cubit tangan orang yg dibawah sambil nyanyi lagu :
    " enjit2 semut sapa sakit naik atas...(diulang sepanjang permainan)"
    tangan yg dibawah sekali akan bertukar naik keatas pulak macam tu la sampai semua orang dah letih...
  • Main Jadi Patung : ni kemahiran berkedudukan statik macam patung tak bergerak sapa bergerak dikira kalah, kalau tak silap ade lagunya dah lupa tapi ayat last sekali sebelum semua jd patung :
    "sapa lambat jadi patung"
    semua akan mula berlagak seperti patung...
  • Main Polis Dan Pencuri @ polis sentri : permainan ni nk kena ade group yg jadi polis dan ade group yg jd pencuri. lagu dia :
    " polis sentri, one two jaga , polis mati pencuri jaga"
    pastu polis cuba tangkap group yg jd pencuri td...
  • Main Tebang2 Tebu : kena duduk sambil membongkok sedikit kehadapan sambil tangan lurus ke lantai dan tapak tangan diatas lantai.. kena ade seorang nyanyi dan tunjuk kesetiap tangan, lagunya :
    "tebang tebang tebu kuala sawa, hujan dihulu mandi kota, datang puteri sentak peluk si tangan kanan / kiri "
    pastu setiap tangan yg dah kena akan diletak kebadan secara bersilang memegang bahu... then setiap orang akan ditanya samaada nak kunci dalam (susah skit nk cabut tangan tadi) atau kunci luar (senang nk cabut), jenis kekuatan nak guna untuk mencabut samaada batang balak ( kuat ) atau batang kemuncuk(senang ) dan nk guna apa untuk cabut tangan yg dah melekat kat badan tadi, guna kapak ke pisau ke apa2 je la..then cuba la cabut....hahaha...kelakar je rasa permainan ni tapi seeerooonoookkkkk!!!!!!!!!!!!!!
  • Main Peram2 Pisang : tangan perlu disusun berlapis, then sambil nyanyi lagu :
    " peram peram pisang, pisang masak layu, datang beruk tunggal sentak bawak lari..sapa bercakap dia kena cubit"
    pastu semua diam sapa yg bercakap dulu dia kena cubit...
  • Main Kelek Junjung : main kelek junjung ni pun ade lagu dia tapi tak ingat, main nya satu tangan kt bawah ketiak dan satu lagi kat atas kepala. lepas tu tanya setiap sorang awak kelek / junjung ape..gitu je kot tah la permainan ni yg paling tak ingat....
  • Main jala itik : pun ade lagu jugak , lagu nya :
    "jan jan jala itik jala ayam, berapa lubang kancil seratus lima puluh, dan dan makan sireh mulut merah"
    penerangan pasal permainan ni disini : http://malaysiana.pnm.my/03/0309jala_itik.htm
Ni la antara permainan yg biasa kitaorang main masa kecil2 dulu..hmm..rindunya waktu tu..seronok main ngan kawan2......

Comments

  1. Sangat terkenang... Thank you for the inf0

    ReplyDelete
  2. Terbaik !
    Mengingatkan kembali masa kecik.dulu !
    Paling trill ,
    *Terjun Sg dari Pokok Ara dan
    * Meranduk Sg Pahang

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts