Kelambu Oh Kelambu....

Anamarza
0
Hari pertama di rumah mak mertua hari tu, berlaku sedikit salah faham antara saya dan suami... Oooppsss bukan bergaduh, ceritanya cam ni...malam tu saya mengadu ngan suami yang saya rasa kurang sihat rasa lemas hidung, suami plak tengah mamai ngantuk tu tersalah dengar, dia ingat saya tak nak pakai kelambu sebab panas..so suami pun tak pasang la....akibatnya berbintik merah badan anak2 kena gigit nyamuk...

Bila balik umah mak mertua teringat waktu kecil2 dulu memang tidur malam wajib pasang kelambu..la ni kat umah mak tak de dah guna kelambu, rasanya kebanyakan orang jarang2 sangat rajin nak pasang kelambu.. sekarang ni orang lagi prefer pakai ubat nyamuk..

memang terasa sedikit panas kalau pakai kelambu ni..tapi selalunya klau blik umah mak mertua memang wajib pasang kipas klau tak, tak nyenyak la anak2 nak tidur sebab panas...selalunya pasang kelambu time anak2 dah tido, bila pagi time diaorang dah bangun mesti mata terkebil2 pandang kat atas pelik tengok kelambu kot...hihihi....

masa zaman budak2 dulu pun tak berapa rajin sebenarnya nak pasang kelambu, bila pagi pulak nak kena kemas elok2 tu yang leceh sikit....

Ok la bagi yang tak pernah guna kelambu, ni antara ciri2 kelambu:
  • Dibuat dari kain kasa (kain berlubang halus-halus) yang dipasang menyelubungi tempat tidur.
  • Ia digunakan bagi mengelakkan dari gigitan nyamuk.
  • Terdapat beberapa jenis bentuk kelambu, iaitu bulat, tiga segi dan segi empat. Selalunya dan kebanyakkannnya guna jenis segi empat
  • Kelambu segi empat dipasang pada katil yang mana ia akan diluruh pada waktu malam dan akan dikuak pada waktu siang.
  • Terdapat juga kelambu segi empat yang hanya digantung pada empat penjuru paku yang dilekatkan pada dinding rumah dengan menggunakan tali. Apabila hari siang kelambu ini akan ditanggal daripada ikatan dan dilipat supaya tempat tidur kelihatan lebih kemas.
  • Rekaan kelambu pula berbagai jenis dengan ropol, sulaman dan hiasan yang menarik.
.

Gambar ni contoh kelambu yang dah dikemaskan.....

Gambar ni pulak contoh bagaimana bentuk kelambu dah di pasang/digantung

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)