Pengiraan guna CD jenis poket

Anamarza
0
Kat sini saya akan buat pengiraan secara kasar je la untuk panduan sendiri sebenar2nya... hihihi.. pengiraan ni akan membandingkan disposable diapers, Cloth diapers harga murah dan Cloth diapers harga mahal sikit.

Ok la ikut kebiasaan anak2 kita akan guna Disposable diapers dalam (lebih atau kurang) anggaran 6 helai, so saya akan base pada pengiraan 6 helai ni la...


Disposable diapers (jenama rahsia) (anggaran harga semasa - plus minus la kira2nya-)

*1 bulan- 18 bulan guna saiz S & M
RM 40.00 / 84 = RM0.48 sehelai

RM0.48 x 6 helai sehari = RM2.88 ~ RM2.90 (dibundarkan)

18 bulan x 30 hari = 540 hari

RM2.90 x 540 hari = RM1566.00

* 18 bulan - 2 tahun setengah guna saiz L
RM40.00 /72 helai = RM0.55

RM0.55 x 6 helai sehari = RM3.30

12 bulan x 30 hari = 360 hari

RM3.30 x 360 hari = RM1188.00

* 2 tahun setengah - 3 tahun ( andaian 3 tahun dah pandai ke tandas) guna saiz XL
RM40.00 /60 helai = RM0.67

RM0.67 x 6 helai sehari = RM4.02

6 bulan x 30 hari = 180 hari

RM4.02 x 180 hari = RM724.00

Kiranya seorang anak kita perlu belanjakan untuk penggunaan disposable diapers bagi 3 tahun anggaran :
RM1566.00 + RM1188.00 + RM724.00 = RM 3478

Macam saya ni ada 2 orang anak (kalau masih tak tukar pada Cloth Diapers) anggaran kos :
RM3478.00 x 2 = RM6956.00


Wow banyak tu!!!!


Cloth Diapers dengan saiz berbeza (jenama murah sikit) Rm22 + 1 insert

* Saiz S/NB (2kg - 7kg)
* Saiz M (7kg - 10kg)
* Saiz L (10Kg - 13kg)
* Saiz XL (14 - 16kg)

RM22.00 x 20 helai = RM440.00

RM440.00 x 4 saiz = RM1760.00

RM4.00 x 10 helai (untuk insert tambahan) = RM40.00
RM1760.00 + RM40.00 = RM 1800 untuk 3 tahun

anggaran 20 helai tu kira 6 helai sehari, lebih kurang untuk 3 hari kiranya ade stok kalau CD yang dibasuh tak kering lagi. untuk anak yang seterusnya tak perlu beli dah. Kalau beli untuk tambah stok pun masih jimat....


Cloth Diapers all in one size untuk berat 3kg - 13kg (ade butang adjustable)

*Jenis murah sikit 1CD + 1 Insert = RM29.00
RM29.00 x 20 helai = RM580.00

RM10.00 x 10 helai (untuk insert tambahan) = RM100.00

RM580.00 + RM100.00 = RM680.00 untuk 3 tahun

*Jenis mahal sikit 1CD + 2 Insert = RM42.00
RM42.00 x 20 helai = RM840

RM11.00 x 5 helai (untuk insert tambahan) = RM55.00

RM840.00 + RM55.00 = RM895.00 untuk 3 tahun


Jom kita bandingkan jika guna untuk 1 orang anak untuk 3 tahun:
Disposable diapers RM3478

CD dengan saiz berbeza (jenama murah) RM 1800

CD all in one size (jenama murah) RM680.00

CD all in one size (jenama mahal sikit) RM895.00
CD masih boleh dibeli untuk tambah stok dan masih boleh jimat dibanding dengan disposable diapers. Beli 20 helai CD all in one size lagi pun masih jimat gak lagi. Bayang kan kos untuk 2 orang anak :
Disposable diapers RM6956.00

CD dengan saiz berbeza (jenama murah) RM 1800 (kos tak berubah melainkan nak tambah stok katakan tambah 20helai untuk setiap saiz = RM3600 masih kurang jika nak dibanding ngan penggunaan disposable diapers bagi seorang anak)

CD all in one size (jenama murah) RM1360.00 untuk 40 helai CD boleh digunakan oleh 2 orang anak serentak dan boleh tambah stok jika nak dan masih boleh jimat

CD all in one size (jenama mahal sikit) RM1790.00 40 helai CD boleh digunakan oleh 2 orang anak serentak dan boleh tambah stok jika nak dan masih boleh jimat


Berapa yang kita boleh jimat???? secara teorinya cam kiraan diatas la..nak kena cuba dulu baru tahu........
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)