Pelita, Lampu dan blackout
Sekarang ni selalu hujan sekali ngan guruh, kalau kat rumah ni guruh je skit menendang la suis utama..dah bergelap..selalunya kalau time blackout ni kami gunakan lampu kecemasan tak pun lampu suluh je....
Kali ni saya nak mengimbau kenangan waktu blackout/keputusan bekalan letrik masa kecil2 dulu...rasanya kebanyakan rumah kat kampung menggunakan pelita minyak tanah je masa tu.. Kalau time blackout ni minyak tanah la yang paling laku, kadang2 tu sampai habis stok kat kedai...
Pelita minyak tanah ni pun ada pelbagai bentuk dan jenis juga, kami masa tu guna yang macam gambar ni la :
Selain dari pelita, kami jugak guna lampu karbaid, kalau yang ni cahaya dia lagi terang dari pelita, tapi berbau karbaid la kalau pakai. lampu ni menggunakan bahan yang dipanggil karbaid dan juga air. kalau tak silap bahan karbaid ni la orang guna buat meriam buluh.
Selalunya abah guna lampu ni untuk pergi menoreh getah. ade satu peristiwa berkaitan lampu karbaid ni melibatkan adik saya, masa dia lalu dekat meja yang diletakkan lampu karbaid ni tah macam rambut dia terkena api tu dan terbakar sedikit, nasib baik sikit, salah sendiri jugak, dia lalu dekat sangat ngan lampu karbaid tu dan tak berhati2 plak tu. La ni dah tak guna dah lampu karbaid ni, cerewet juga nak gunanya tu yang terus tak pakai dah.
Sekarang kalau blackout, dan lampu kecemasan tak cukup power sebab lupa nak charge kami akan guna lilin je.
Kalau guna lampu kecemasan ni memang terang tapi tak seterang lampu pakai tenaga elektrik la.

Selalu kitaorang cakap kalau pakai pelita ni boleh hitam lubang hidung...hihihi..bukan hitam betul pun, cuma asap dia tu boleh hitamkan dinding kalau letak dekat dengan dinding. Selalunya sumbu pelita ni kitaorang guna kain perca yang digulung kecil, kiranya muat muncung pelita tu la je. Ni plak pelita minyak tanah yang cantik sikit:
Kalau waktu bergelap guna pelita pulak, biasanya kami akan main dengan bayang2. masa tu buat la bayang2 guna tangan buat bentuk itik, kucing, rama2, zirafah dan lain2 nya la, seronok je masa tu tak kisah dah bergelap....
Lampu gasolin pun ada juga guna, sebelum saya lahir rasanya kerap kot abah dan mak guna, sebabnya seingat saya masa kecil2 dulu jarang la pasang gasolin ni sebab selalu rosak, zaman sekarang ni pun masih ade juga orang guna lampu gasolin ni tapi sebagai hiasan je la.
Selain dari pelita, kami jugak guna lampu karbaid, kalau yang ni cahaya dia lagi terang dari pelita, tapi berbau karbaid la kalau pakai. lampu ni menggunakan bahan yang dipanggil karbaid dan juga air. kalau tak silap bahan karbaid ni la orang guna buat meriam buluh.
Selalunya abah guna lampu ni untuk pergi menoreh getah. ade satu peristiwa berkaitan lampu karbaid ni melibatkan adik saya, masa dia lalu dekat meja yang diletakkan lampu karbaid ni tah macam rambut dia terkena api tu dan terbakar sedikit, nasib baik sikit, salah sendiri jugak, dia lalu dekat sangat ngan lampu karbaid tu dan tak berhati2 plak tu. La ni dah tak guna dah lampu karbaid ni, cerewet juga nak gunanya tu yang terus tak pakai dah.
Sekarang kalau blackout, dan lampu kecemasan tak cukup power sebab lupa nak charge kami akan guna lilin je.
Kalau dulu lampu suluh lebih kurang sama je, warna silver tu, tapi sekarang dah banyak jenis ade besar ade yang kecil, bermacam2 warna.
Kat rumah ni lampu suluh jenis biasa tu dah jarang guna. Banyak ade kat rumah ni jenis lampu suluh yang tak perlu bateri biasa tu tapi pakai yang boleh recharge je jenis letak kat kepala macam gambar kat bawah ni :

Kat bawah ni pulak gambar lampu kecemasan yang boleh di recharge, kat rumah ni guna dua2 jenis lampu kecemasan ni la yang guna lampu mentol panjang yang biasa dan satu lagi guna lampu LED :
Kalau guna lampu kecemasan ni memang terang tapi tak seterang lampu pakai tenaga elektrik la.
Bila terbaca tentang lampu pelita,gasolin dengan karbaid ni,tiba tiba ter imbau kenangan zaman waktu dulu,syahdu pulak hati ni teringat zaman tu,kalau lah boleh terus je kekal zaman tu seronok nye..
ReplyDelete