Jenis-jenis dan Istilah dalam Kain Lampin atau Cloth Diaper (CD)

Anamarza
0
Seandainya saya ni ada banyak duit , memang kalau boleh nak pakaikan anak saya dengan lampin yang digelar cloth diapers(CD), sebabnya setelah melayari internet dan mencari maklumat berkaitan CD ni la antara kelebihannya:

1.Bebas dari bahan kimia yang berbahaya

2.Mengelakkan pembuangan disposable diapers(DD) yang akan mencemarkan bumi. Bayangkan Seorg bayi akan menggunakan sehingga 7,000 disposable diapers atau pun 80 cotton diapers

3.Menjimatkan untuk jangka masa panjang. Anda akan berjimat sehingga RM3500 apabila menggunakan Cloth diapers.

4. Pakai kain Cotton. Cotton merupakan jenis kain yg paling semulajadi utk diletakkan pada kulit bayi. Tiada gel atau bahan kimia lain

5. Tahu tak bgmn Disposable Diaper bekerja? Tahu tak apa yg ada di dlmnya? Tentulah kita tidak tahu, sbb takde bhn2 ramuan tertulis pada pembungkusnya.

6. Kurangnya ruam dan gatal. sbbnya tiada nya lagi berlaku tindak balas bhn kimia terhadap kulit anak kita. Lebih lama dispo dipakai, lebih senang ruam gatal berlaku!!

7. Senang utk digunakan. Betul!! Kalau dulu ye la. Nak kena ada pin, seluar getah, masa utk lipat kain lampin tu. Tapi skrg, dah ada rekaan baru dan moden yg sgt memudahkan dan menyenangkan!!

8. Anak kita akan cepat belajar buang air sendiri kerana mereka boleh merasakan kebasahan pada diaper apabila ia sampai ke tahap ‘maksima’.

10. Laporan dari German dan England mengatakan bhw terdapat hubungkait di antara penggunaan dispo dgn kesuburan pada budak lelaki (bilangan sperma berkurangan).

Yang paling menarik bagi saya tentang CD ialah penjimatan kos untuk masa panjang, ya la bayangkan kalau kita beli untuk anak pertama sepanjang pembesarannya dia akan menggunakan semua saiz, saiz S, M,L, XL dan apa yang dah kita beli tu kita boleh gunakan pulak untuk anak yang ke-2, ke-3, menarik bukan????





Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)