Seterika Arang
Kakak gosok tudung nak pergi mana??? itu la ayat yang selalu saya tanya kat Humaira setiap kali dia bermain2 dengan seterika, lagaknya macam orang dewasa sahaja. Bukan setakat tudung, baju, seluar, kain malah sapu tangan pun dia akan gosok. Pantang seterika dan iron board tu ada kat bawah, terus je dia cari kain untuk digosokkan. Selalunya saya akan pastikan kepala plug seterika tu bercabut tak pun suisnya dah ditutup...bahaya kalau tak prihatin...
Punya la ringan seterika zaman sekarang, sampaikan budak 2 thn pun boleh main gosok2. seingat saya masa mula2 kat rumah ni ada seterika elektrik, rasa2nya berat juga seterika tu macam sama berat dengan seterika arang je...
Sebut pasal seterika arang ni, kali ni saya nak story pasal benda alah ni la..Walaupun pengalamannya cuma sedikit dan ingat2 lupa gitu..tapi paling kurang saya merasa gak menggunakannya. Tak macam orang sekarang, seterika arang tu guna hanya sebagai barang perhiasan je..barang antik la katakan..
Sebelum rumah ni diubah suai, memang seterika tu elok tersimpan la ni tah kat mana mak simpan, saya pun tak tanya. Dulu abang saya pernah minta seterika arang ni kat mak nak dibuat perhiasan kat rumah dia, tapi mak tak kasi sayang katanya...ya la benda dah 40 tahun lebih umurnya....
Ok la tak nak citer panjang2...kat bawah ni antara ciri2 seterika arang ni;
1) Berwarna hitam...sebab kena arang kot..hihihi
2) Menggunakan bahan bakar iaitu arang atau bara api sebagai pemanas seterika tersebut.
3) Diperbuat daripada tembaga
4) Berbentuk lebih kurang sama dengan bentuk seterika moden pada masa kini tetapi ia mempunyai saiz yang agak besar dan tinggi.
5) Terbahagi kepada dua bahagian
6) Bahagian atasnya ada penutup dan penutup tersebut boleh dibuka tutup bagi meletakkan arang.
7) Mempunyai pemegang yang agak selesa bagi kegunaan menggosok pakaian.
8) Bahagian bawah merupakan ruang untuk meletakkan arang/bara api.
9) Kayu arang terlebih dahulu dibakar sehingga merah membara baru dimasukkan ke dalam badan seterika dan ditutup.
10) Seterika tersebut akan ditekap ke atas daun pisang (atau apa2 je la) terlebih dahulu bagi mengawal tahap kepanasan seterika tersebut untuk disesuaikan dengan pakaian yang ingin digosok.
11) Jika seterika itu telah berkurang panasnya, ia akan digantikan dengan bara yang baru.
12) Arang perlu dibuang atau dikeluarkan daripada seterika apabila urusan menggosok pakaian telah selesai.
13) Perlu berhati2 agar arang atau habuknya tidak terjatuh atas pakaian yg digosok...kalau tak naya tak pasal2 kotor plak....

Gambar dipetik dari : http://malaysiana.pnm.my/Alat%20Tradisonal/lain_seterikaarang.htm
Comments
Post a Comment