Rama - Rama Dan Bunga

Anamarza
0



Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga.... dan rama-rama.

Namun Allah memberikannya kaktus.... dan ulat

Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya

Kemudian dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan...

Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya...

Selepas satu tempuh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya....

Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik...

Dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik... Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul!

Cara Allah sentiasanya cara terbaik, Walaupun kelihatan semuanya salah... Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah,

PERCAYALAH...

Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai....

Apa yang and pinta... tidak semestinya apa yang diperlukan!

Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan, teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh....

DURI hari ini...

Adalah BUNGA hari esok!


Nota:

Berdoalah, dan memohon hanya kepada Allah S.W.T dan jangan berhenti mengharap... kerana kita tidak tahu apa yang bakal tiba esok hari.....

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)