Mengapa rangsangan awal?

Rangsangan awal telah dikaitkan dengan pembentukan akal bayi. Sebagai ibu bapa, kita mahukan anak-anak kita menjadi gembira, sihat dan cerdas. Kita mahu mengetahui cara-cara meningkatkan potensi fisikal dan mental anak-anak kita. Bayi yang baru dilahirkan tidak hanya makan, tidur dan buang air sahaja . Mereka dapat melihat, mendengar dan tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Pembangunan diri kanak-kanak adalah proses berterusan yang bermula dari awal kehamilan hinggalah mereka menjadi individu matang. Banyak penyelidik mencadangkan supaya bayi diberi rangsangan sejak awal, terutama pada tiga bulan pertama kehamilan, kerana ketika inilah otak bayi mula terbentuk.

Bayi yang baru lahir mempunyai sel-sel saraf otak lebih banyak berbanding orang dewasa, tetapi bagi membolehkan otak berfungsi, sel-sel saraf perlu berhubung antara satu sama lain. Proses tersebut perlu dibina sejak dari awal.

Pengalaman bayi - melalui rangsangan yang diterima - ibarat wayar tembaga yang menyambungkan antara satu sel saraf dengan sel saraf yang lain.Ini bermakna apabila ada meransang bayi, anda membantu membentuk pemikiran mereka.

Setiap kali anda menunjukkan kepada bayi objek-objek menarik, memeluk, bercakap, menggerakkan anggota badan atau memainkan muzik, rangsangan tersebut bagaikan penyambung sel-sel saraf.

Sebaik bayi dilahirkan, berjuta-juta sel saraf telah terbentuk dalam otak bayi. Kemuncak proses membina sambungan sel-sel saraf ialah pada sekitar usia bayi 24 bulan dan ia kekal pada kadar tersebut sehingga mereka menjangkau usia 10 atau 11 tahun.

Kajian itu menguatkan lagi keyakinan penyelidik bahawa kanak-kanak mempunyai potensi paling besar untuk belajar banyak perkara pada awal kehidupan. Justeru, ketika mereka masih kecil, luangkan lebih masa untuk bersama anak dan bukan membiarkan mereka membesar bersama pembantu rumah atau penjaga..

Sebenarnya semua kanak-kanak melalui urutan penguasaan kemahiran sama, tetapi ia berlaku pada kadar berbeza — sama ada cepat atau terlalu lambat. Kanak-kanak mengalami perkembangan paling pesat dalam tiga tahun pertama kehidupan mereka. Pada usia tiga tahun, hampir 90 peratus otak kanak-kanak terbentuk dan ini sebabnya mereka perlu diberi pendidikan seawal mungkin.

Ramai ibu bapa dan penjaga tidak sedar sikap memanjakan anak atau memberi terlalu banyak bantuan boleh melengahkan proses perkembangan bayi. Bantuan yang diberikan sebagai tanda kasih sayang itu sebenarnya boleh menyekat peluang kanak-kanak untuk mencuba atau meneroka sendiri dunia baru mereka. Antara contoh bantuan paling lazim ialah menyuapkan makanan atau membantu mereka mengambil barang, sedangkan pada umur tertentu mereka mampu melakukannya sendiri.


Apa yang boleh saya lakukan untuk merangsang pemikiran bayi saya?

* Anda boleh menyediakan persekitaran yang dapat merangsang bayi anda supaya dapat menggunakan pancainderanya. Dalam tahun pertama bayi, sediakan keadaan yang baik dan berkesan untuk meransang pembangunan bayi secara fisikal, emosi, interaksi dan juga mental. Anda perlu berinteraksi dengan bayi seberapa banyak yang mungkin. Inilah yang akan membantu mempercepatkan pembangunannya.

Perkara-perkara yang anda boleh lakukan:

* Sayangi bayi anda
Bayi memerlukan kasih sayang sepenuhnya daripada anda untuk merangsang pembangunan mentalnya. Belaian ibu dan ayahnya yang lembut inilah yang akan meningkatkan harga dirinya. Tunjukkan kepadanya yang dia orang yang paling penting dalam hidup anda dan anda akan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Hubungan yang rapat dan mesra boleh merangsang anak anda.

* Berbual dan menyanyi kepada anda anak anda
Gunakan berbagai-bagai kosa kata, intonasi, gaya dan perasaan untuk bercakap atau menyanyi. Pandang bayi semasa bercakap kerana bayi gemar melihat wajah seseorang dan mendengar suara. Gunakan setiap peluang untuk bercakap dengannya; semasa menukar lampin, memberi susu atau semasa bersiar-siar di luar rumah.

* Tumpukan perhatian dengan segera jika bayi anda menangis
Ini cara bayi berhubung dengan anda. Tunjukkan pada bayi yang anda mendengar dan memberi tumpuan supaya bayi merasa selamat dan yakin bahawa anda sentiasa bersamanya.

* Pegang bayi anda
Ada banyak kesan yang baik bagi anak dan anda. Pelajari cara-cara mengurut dan merangsang bayi anda.

* Biarkan bayi mengalami keadaan persekitaran yang baru
Bawa bayi bersama untuk bersiar-siar, menaiki kereta atau berjumpa dengan orang-orang di sekelilingnya. Lebih banyak pendedahan kepada keadaan persekitaran yang berlainan lebih banyak pengalaman baru untuk bayi anda.

* Galakkan bayi mengulangi perbuatan atau percakapan.
Bayi anda senantiasa melihat dan mempelajari sesuatu daripada anda. Galakkan dia memberi respon kepada anda.

* Bermain dengan bayi anda.
Bermain ialah satu cara bayi dapat mempelajari sesuatu daripada keadaan. Awasi apa yang bayi anda suka lakukan. Jangan memaksa anak untuk mempelajari sesuatu. Cuba tenang dan riang semasa melakukan aktiviti-aktiviti itu.

Bagaimana merangsang daya penglihatannya?

* Bayi mempunyai daya penglihatan yang berkembang pesat dalam masa enam bulan pertama. Pada waktu baru dilahirkan, penglihatannya agak kabur tetapi selepas bulan pertama bayi akan dapat melihat sesuatu obkek dan mengikut pergerakan objek itu dengan pandangannya. Bayi suka melihat wajah-wajah orang di sekelilingnya. Jadi luangkan banyak masa melihat bayi dari jarak dekat.
Cara merangsang daya penglihatan bayi:

* Menunjukkan bayi anda berbagai-bagai benda di sekelilingnya.
* Tukarkan kedudukannya untuk mengalih pandangan di sekelilingnya.
* Tunjukkan berbagai warna yang berbeza seperti warna putih dan hitam dan warna-warna garang seperti merah.
* Gantungkan mainan setinggi 30cm daripada mukanya ketika berbaring.
* Tunjukkan buku-buku yang mengandungi warna-warna menarik.


Bagaimana merangsang daya pendengaran?

* Daya pendengaran bayi sudahpun berkembang semasa bayi di dalam rahim ibu lagi. Bayi gemar mendengar suara-suara manusia. Jadi luangkan masa untuk bercakap dan menyanyi.
Untuk merangsang daya pendengaran anak anda, anda boleh:

* Bacakan buku kepada anak anda.
* Nyanyikan lagu-lagu kanak-kanak (yang mengandungi banyak perkataan-perkataan yang diulang-ulang)
* Mainkan permainan yang mengeluarkan musik yang tidak begitu kuat.
* Mainkan berbagai jenis lagu.
* Membaca doa-doa dan surah-surah dari Al-Quran


Bagaimana merangsang daya rasanya?

Bayi yang selalu didakap dan dibelai akan merasa disayangi dan tenteram. Peluk, cium dan dakap bayi seberapa kerap yang anda suka. Untuk merangsang daya rasa anak anda, anda boleh:
* Mempelajari cara-cara mengurut anak anda
* Biarkan bayi memegang berbagai jenis bahan seperti permadani, sutera, bulu-bulu haiwan yang lembut dsbnya.
* Biarkan dia memegang permainan yang berbagai rasa dan bercakap mengenainya.


Bagaimana merangsang pembangunan fisikalnya?

Anda boleh merangsang pembangunan fisikal anak anda dengan mengalakkannya bergerak.
Galakkan bayi yang membesar supaya:

* Berlatih untuk duduk.
* Bergolek.
* Menjulur dan merangkak.
* Memegang dan menggengam.
* Mencapai sesuatu barang.
* Menggalakkan koordinasi pergerakan mata dan tangan.


Bagaimana merangsang pembangunan pertuturannya?

KEGHAIRAHAN ibu bapa menanti anak berjalan menyebabkan ramai terlepas pandang pada banyak perkara lebih penting, seperti perkembangan pertuturan yang menjadi petanda paling utama kepada daya intelek seseorang bayi. Bagaimanapun, ini bukan bermakna bayi yang lambat bercakap tidak cerdik kerana daya intelek turut dipengaruhi banyak faktor lain.

Bahkan, ramai juga ibu bapa berasa kurang senang apabila bayi mereka mula bermain air liur kerana ia dianggap kotor dan menjijikkan. Walaupun nampak kotor, ia sangat penting kerana inilah peringkat awal kepada perkembangan pertuturan seseorang bayi.


http://mforum2.cari.com.my/archiver/?tid-209317.html

Comments

Popular Posts