Lesung oh lesung

Anamarza
0
Yang saya tahu dan pernah tengok serta pernah guna, ada 3 jenis lesung..iaitu:
1) Lesung batu
2) Lesung tangan
3) lesung kaki

Antara ketiga2 jenis lesung ni, cuma lesung batu je yang masih digunakan secara meluas oleh masyarakat kita ni. Sapa tak kenal lesung batu...??? cuma mereka2 yang tak pernah duduk dapur dan tak makan sambal je yang tak kenal...ooopppss...la ni ramai yang guna blender je dah nak kisar lada...mungkin yang duduk kat bandar ramai yang dah tak guna lesung batu ni kot....

Nasib baik la lesung batu ni berat kalau tak...ada Humaira angkut bawak pergi depan tv main masak2..hihihi...Humaira ni pantang pergi dapur ada je benda yang dibawa larinya. Periuk la.. pinggan la, jug air la.. penapis la...senduk la... sudu dan gelas plastik tu jangan cakap la...

Berbalik pada crite lesung ni tadi, saya pun ada lesung batu gak kat umah..ya la dah kahwin kena la ada satu, kalau tak macam mana nak tumbuk sambal untuk cik abang tersayang...Perut suami kena jaga..wajib tu...

Masa awal2 kahwin dulu la pergi ke Ong Tai Kim kat Sentul mencari lesung batu ni. Ada pelbagai saiz..nak yang kecil..yang sedang..yang besar pun ada. Tapi lesung yang dibeli ni tak sama macam yang lesung batu mak punya kat kampung. Lesung batu sekarang ni tak pasti la plak buat dari batu apa, tapi kalau lesung orang dulu2 biasanya di perbuat dari batu sungai kot. Sebab tu kualiti dia bagus, licin je permukaannya.

Walaupun nak menumbuk guna lesung batu ni menyeksakan sedikit (sedikit je la), tapi hasil dan rasanya berbeza sangat dengan penggunaan blender. Tah la apa sebab yang membezakannya, mungkin sebab blender guna mata pisau untuk mengisar sebab tu rasanya kurang kick skit kot...

Kat umah mak saya ni, anak batu penumbuk tu dah diganti dengan kayu(jenis kayu apa tak tahu la plak). So kalau nak menumbuk tu terasa ringan la skit. Tapi hasilnya tak la berbeza sangat dengan penggunaan batu penumbuk tu.

Crite pasal lesung tangan dan lesung kaki ni plak, sebenarnya tak de apa sangat nak citer sebab pengalaman menggunakannya sedikit sangat sampaikan tak ingat sangat dah. Seingat saya klau guna pun masa nak hancurkan beras nak buat lepat je kot guna lesung tangan ni. Letih gak kot nak menggunakannya, rasanya tak pernah guna betul2 sekadar menengok mak je. Tapi pernah la main2 dengan lesung tu.

Lesung kaki pun sama gak, tak pernah guna untuk tujuan yang sepatutnya tapi pernah main pijak2 je. Setakat main2 pun dah terasa mengah nak pijak batang hindik tu., berat sangat2....tak tahu la sekarang ni pun kalau masih ada lagi hindik ni rasanya tak larat juga kot nak guna.

Kedua2 lesung tangan dan lesung kaki ni cuma ada kat rumah wan saya je dulu.la ni tak tahu ada tak lagi sebab tak pernah ambil tahu pun. kalau ada pun tak sempurna dah rupanya.


Ciri2 Lesung Batu:
~ Diperbuat daripada batu tunggal (monolith).
~ Ia mempunyai anak batu yang digunakan sebagai penumbuk
~ Bekas penumbuk yang lompang dipanggil ibu.
~ Ianya digunakan untuk menumbuk bahan dalam kuantiti yang sedikit seperti cili, rempah, kacang dan kerisik untuk kegunaan harian




Ciri2 Lesung Tangan:
~ Satu alat untuk menumbuk atau menghancurkan sesuatu, contohnya padi, beras, gula, cili dll.
~ Diperbuat daripada kayu.
~ Mempunyai lesung yang ditengah-tengahnya lompang
~ Mempunyai penumbuk yang diperbuat daripada kayu dikenali sebagai antan atau alu.
~ Alu ialah sebatang kayu bulat berukuran garis pusat kira-kira 8-10 sentimeter dengan ketinggian lebih kurang 150 sentimeter. Dibahagian tengahnya iaitu tempat memegang berukuran 6 sentimeter.
~ Lesung ini biasanya digunakan untuk menumbuk padi dijadikan beras, beras untuk dijadikan tepung, padi pulut dan buah belinjau untuk dijadikan emping dan juga membuat gula pasir untuk dijadikan gula halus.
~ Ianya boleh ditumbuk secara bersendirian, berdua atau bertiga.




Ciri2 Lesung Kaki:
~ Lesung kaki (hindik) diperbuat daripada kayu panjangnya kira-kira 3 meter.
~ Cara menggunakan lesung ini ialah dengan cara memijak dihujung batang anak lesung.
~ Biasanya ia digunakan untuk menumbuk padi bagi memisahkan kulit daripada beras.

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)