Blog???
Pada mulanya saya kurang berminat untuk berblog ni, cukup la suami saya sahaja yang ada blog (setakat ni blog dia tak aktif pun). Lagi pun bagi saya tak ada kepentingan pun untuk mempunyai blog sendiri, tak tahu apa yang hendak ditulis ditambah pulak bukan la seorang penulis yang bagus.
Semuanya bermula selepas bersalin baru2 ni, asalnya suami meminta saya mengemas kini blog nya disebabkan kesibukannya di maktab. Disebabkan sikap saya yang memang tak suka nak masuk campur urusan suami dan rasa agak terbatas kebebasan untuk 'berkarya', (kononnya la) saya memutuskan untuk mempunyai blog sendiri.
Tujuan utama adalah memenuhi permintaan suami yang mahu saya menulis perkembangan saya dan anak2 disini untuk tatapannya sepanjang berada di maktab. Mula nya malas jugak sebab tak tahu macam mana nak mula, tapi lama kelamaan jadi 'syok' sendiri pula. Langsung tak ada tema, apa sahaja yang terlintas di kepala itu yang di 'post' kan.
Tambahan pula rasa sayang bila mencari dan membaca maklumat terutama berkaitan hal kesihatan anak2, selalunya hanya sekadar baca sahaja. Bila dah namanya baca saja lama2 lupa la lepas tu dah nak kena 'search' semula. Disebabkan faktor ni la menguatkan lagi keinginan untuk berblog ni. Lagipun mana la tahu ada insan2 yang tersesat dan tersinggah di blog ini mendapat manfaat dari coretan dan artikel yang ter'post' disini, Alhamdulillah harap ada la 'saham' tak terjangka untuk ke Akhirat nanti.
Aktiviti berblog ni menarik juga, terutama untuk golongan surirumah sepenuh masa macam saya ni, selain menjaga anak dan buat kerja2 rumah, sekurang2nya ada la tempat nak 'berkreativiti ' dan mencuri masa untuk diri sendiri pulak.
===================================================================
Sedikit info mengenai blog

Blog merupakan ringkasan dari perkataan asalnya, web log. Ia mirip kepada diari harian atau jurnal online yang mengandungi cetusan rasa, pendapat peribadi, perkongsian maklumat atau dalam apa sahaja bentuk penulisan. Blog biasanya sentiasa dikemaskini setiap hari atau setiap masa mengikut kemahuan pemiliknya. Blog di paparkan secara kronologikal. Kronologikal pula bermaksud di susun mengikut masa terdahulu hingga ke masa terkini.
Kebanyakkan blog terdiri daripada beberapa subjek-subjek yang khusus seperti makanan, politik, fesyen, hiburan, tip-tip, berita hangat dan sebagainya. Selain itu, ramai juga yang gemar menggunakan blog untuk menulis diari secara online.
Di antara ciri-ciri blog ialah:
~ Mempunyai teks
~ Mempunyai gambar
~ Mempunyai link ke blog-blog lain, web page, dan sebagainya.
Blog tidak banyak berbeza dengan laman web biasa. Tetapi perbezaan ketara antara keduanya ialah setiap kali bahan penulisan terbaru dimasukkan di dalam blog, yang terbaru akan berada di atas dan artikel / tulisan sebelum itu akan berada di bawahnya. Ini dipanggil Reverse Chronical Order. Berbeza dengan laman web, blog amat mudah diuruskan. Sesiapa sahaja boleh mengguna pakai blog walaupun tanpa pengetahuan teknikal mahupun pengetahuan IT yang tinggi. Kelebihannya juga terletak pada aplikasinya yang mana pelawat/pembaca boleh meninggalkan komen atau pendapat mereka bagi setiap post. Secara tidak langsung ini menjadi tarikan bagi seseorang pelawat untuk kembali melawat blog itu. Ciri ini bagaimanapun bergantung kepada kemahuan pemilik blog tersebut samada mahu diadakan atau tidak.
Blog juga biasanya mudah di index oleh enjin pencari @ enjin carian kerana ia sentiasa dikemaskini. Disebabkan ciri inilah blog begitu cepat menjadi popular terutamanya kepada internet marketer dan pemilik perniagaan internet. Ia menjadi alat pemasaran yang amat berkesan disebabkan mudah disenaraikan di enjin pencari. Ada terdapat banyak laman web menyediakan perkhidmatan blog samada secara percuma atau berbayar. Antara yang popular dan percuma seperti blogger.com, wordpress.com, dan tblog.com. Blog juga boleh dipasang di laman web. Untuk tujuan ini, anda perlu memasang perisian blog.

Comments
Post a Comment