Anak 1 hingga 3 tahun suka meneroka
ANAK kecil peringkat toddler berumur 12 bulan sehingga 36 bulan (tiga tahun) adalah kelompok yang sangat unik kerana dalam usia ini mereka baru belajar mengenal diri dan membangunkan kemahiran kendiri.
Peringkat ini juga adalah tahap pembangunan kedua usia anak kecil selepas bayi yang mana dalam tempoh ini, kanak-kanak ini mula belajar bertatih dan bertutur serta kemahiran kendiri lain.
Pakar kanak-kanak menyatakan anak kecil pada peringkat ini unik dan menarik berbanding peringkat umur yang lain kerana karektor kanak-kanak sungguh menawan dan membuatkan sesiapa melihat kerenah mereka akan tersenyum.
Pensyarah Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rumaya Juhari, berkata ibu bapa perlu menghargai keunikan setiap anak dalam lingkungan umur sebegini.
Katanya, pada peringkat umur ini wujud beberapa perkembangan dalam diri anak-anak termasuk mula bertatih, belajar bercakap dan mengikut aksi orang dewasa.

Beliau berkata, aksi kanak-kanak dalam lingkungan umur berkenaan menyebabkan mereka aktif dan adakala sukar dikawal dan mereka tidak boleh dilabelkan sebagai nakal.
"Saya rasa nakal - satu perkataan yang agak keterlaluan untuk anak umur ini, ciri ego yang ada dalam diri anak-anak pada peringkat ini menyebabkan mereka memusat hanya kepada diri sendiri. Ini adalah ciri utama mereka. "
“Maka, anak-anak ini berasakan tiada apa yang lebih baik, penting dan bagus selain dari diri mereka,” katanya.
Dr Rumaya berkata, pada peringkat umur berkenaan, penerokaan menjadi tugas penting mereka kerana sentiasa mahu mengetahui, mencuba dan merasa.

Bagi mereka yang lebih cepat bercakap berbanding kanak-kanak lain, sudah tentu soalan demi soalan akan dikemukakan kepada ibu bapa atau orang paling rapat dengan mereka.
Kemahiran fizikal juga semakin meningkat apabila menyedari mereka boleh melakukan sesuatu yang lebih hebat daripada sebelumnya seperti berlari laju, lebih stabil, boleh memanjat, mengimbangi diri dan sebagainya.
Kerenah anak-anak ini juga semakin bertambah termasuk sudah pandai memilih makanan seperti sedap dan tidak sedap, tidak mahu makan atau hanya mahu makanan ringan seperti keropok dan gula-gula.
Perlu diingat pada usia sebegini, anak-anak kecil ini berupaya membuat keputusan memilih seperti pakaian yang digemari, atau alat mainan disukai malah sudah pandai meragam apabila disuruh tidur atau mandi.
Dr Rumaya berkata, pada usia sebegini ibu bapa jangan melabelkan anak mereka sebagai nakal kerana mereka sebenarnya tidak begitu sebaliknya anak-anak sudah mula pandai buat “perangai” atau menunjukkan tantrum iaitu melakukan sesuatu kerana faktor lapar, letih, sakit, cemas atau bimbang, bercanggah kemahuan, irihati dengan adik beradik yang lain.
Pada peringkat umur ini juga kanak-kanak mahukan perhatian dan sangat penting untuk ibu bapa melayan anak-anak ini.
Layanan ini termasuk memberikan perhatian kepada keperluan emosi anak selain keperluan fizikalnya termasuk membabitkan diri dengan aktiviti anak supaya mudah untuk menyedari perubahan dan keperluan anak-anak dengan lebih tepat.
“Umur ini sangat kritikal kerana mereka umpama span yang akan menyerap maklumat yang diperoleh, mereka juga boleh meniru dan ada yang menjadi “ilmu” yang kekal hingga dewasa. Oleh itu, ibu bapa perlu mengawasi aktiviti anak seperti jangan biarkan menonton rancangan ganas di televisyen.
“Ibu bapa juga boleh merangsang perkembangan intelek anak-anak dengan kerap membaca bersamanya (walaupun dia belum pandai membaca). Tanam minat suka membaca dengan memberi contoh yang anda juga suka baca.
“Ibu bapa juga boleh belikan alat tulis untuk membantu perkembangan kreativiti anak-anak walaupun mereka belum pandai menulis. Lakaran dan contengan anak-anak adalah kreativiti mereka,” katanya.
Bagi mengeratkan hubungan dengan anak, ibu bapa perlu membentuk rutin harian bersama anak terutama bagi mereka yang bekerja.
“Awas masa yang berlalu tidak akan patah balik, dan kita mungkin akan terlepas sesuatu yang amat berharga. Jangan dilepaskan peluang melihat perkembangan anak-anak ini,” katanya.
Tip Untuk Ibu bapa Melayani Anak Setahun hingga Tiga Tahun

Rujukam : http//: Ratuhati.com artikel Oleh Rohaniza Idri, Anak 1 hingga 3 tahun suka meneroka, Berita Harian
Comments
Post a Comment