Tumbesaran bayi. ..

Anamarza
0
Anda mungkin ingin tahu sama ada bayi anda mendapat susu yang mencukupi untuk tumbesaran dan perkembangan yang optimum. Perasaan sebegini memanglah lumrah
terutamanya jika anda tidak boleh menyukat berapa banyak susu yang diminum oleh bayi pada setiap kali penyusuan.
  1. Corak penyusuan Bayi sepatutnya berasa puas selama 1 hingga 2 jam di antara waktu menyusu.
  2. Lampin basah Dalam sehari terdapat 6 hingga 8 lampin bayi yang benar-benar basah dengan air kencing berwarna kuning pucat. Bayi sepatutnya membuang air besar beberapa kali dalam sehari, sekali selepas menyusu pada beberapa minggu pertama. Dalam 4 minggu pertama, bayi sepatutnya membuang air besar 2 hingga 5 kali dengan najis yang lembut berwarna kekuningan.
  3. Corak tidur Bayi tidur lena dan nampak sihat dan cerdas sewaktu berjaga.
  4. Tumbesaran Setiap bayi membesar mengikut kadarnya sendiri. Sebagai panduan, berat badan bayi akan meningkat sekali ganda daripada berat lahir apabila berusia 5 bulan. Menjelang 12 bulan, berat badannya harus meningkat tiga kali ganda daripada berat lahir dan panjangnya 11/2 kali ganda daripada panjang lahir. Ibu-ibu yang melahirkan bayinya di hospital kerajaan (dan sesetengah hospital swasta) akan diberikan Carta Tumbesaran. Doktor akan menggunakan carta ini untuk memplotkan tumbesaran bayi. Akan tetapi, jika anda tidak mempunyai carta ini, minta doktor untuk menimbang berat badan dan mengukur kepanjangan bayi pada setiap kunjungan. Simpan rekod ini dan semak ukurannya berpandukan carta di bawah. Jika anda mendapati bayi anda tidak membesar dengan baik atau jika berat badannya menyusut, berbincanglah dengan doktor.
  5. Diari penyusuan bayi Meskipun bayi tidak memerlukan jadual penyusuan, Diari Penyusuan Bayi mungkin dapat membantu jika anda mementingkan bagaimana bayi menyusu. Catatkan masa setiap kali bayi menyusu, berapa lama dia menyusu pada setiap payudara dan tandakan pada ruang ketiga setiap kali anda menukar lampinnya yang basah atau kotor. Mulakan dengan jadual yang baru pada setiap hari.
Carta Tumbesaran


Diari penyusuan bayi


Sumber : www.nutriweb.org.my/downloads/snp_breastfeeding_guide.pdf
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)