Perancang keluarga...

Anamarza
19
"Sebenarnya, bukan pil pencegah hamil sahaja, terdapat pelbagai kaedah untuk menjarakkan anak. Bergantung kepada pilihan dan kesesuaian individu dalam menentukan kaedah yang dipilih; kita kena pilih yg TERBAIK & SELAMAT tanpa ada sebarang kesan sampingan (side effect). Pemahaman tentang konsep perancang keluarga dan tujuannya perlu difahami terlebih dahulu, bukan hanya ikut cakap orang sahaja."


Tak nak ambil pil pencegah hamil? ini adalah soalan lazim yang ditanya oleh jururawat. Semasa saya berkunjung ke klinik baru2 ini, saya juga ditanya soalan sebegitu. Jawapan saya senang, tak nak, tapi mereka tanya semula suami tak kasi ke?? jawapan saya tidak kerana saya lebih percaya pada perancangan Allah.

Saya tegaskan kepada mereka saya lebih selesa dengan kaedah semulajadi. Tambahan pula , melalui pengalaman iaitu selepas bersalin anak pertama dan sebelum mengandungkan anak kedua dahulu saya tidak mengamalkan sebarang kaedah perancangan keluarga (kaedah moden) dan Alhamdullillah, dengan doa dan keizinan dari Allah saya dapat menjarakkan anak pertama dan kedua (berbeza dua tahun jugak la).

Mungkin faktor menyusukan anak pertama secara eksklusif memungkinkan penjarakan ini berjaya. Pada masa tu setelah anak saya genap setahun baru la saya didatangi haid semula . Selepas dipertimbangkan kedudukan ekonomi suami yang semakin baik serta merasakan sudah sampai waktunya baru la kami mengambil keputusan untuk mencuba mendapatkan anak yang kedua.

Untuk kali yang kedua ini, saya dan suami telah sepakat untuk tidak menggunakan sebarang kaedah moden untuk menjarakkan anak. Hanya Doa, tawakkal dan usaha secara semulajadi sahaja, sekiranya dalam tempoh tiga tahun perancangan, Allah memberi rezeki awal kami akan terimanya.

Sebenarnya, bukan pil pencegah hamil sahaja, terdapat pelbagai kaedah untuk menjarakkan anak. Bergantung kepada pilihan dan kesesuaian individu dalam menentukan kaedah yang dipilih; kita kena pilih yg TERBAIK & SELAMAT tanpa ada sebarang kesan sampingan (side effect). Pemahaman tentang konsep perancang keluarga dan tujuannya perlu difahami terlebih dahulu, bukan hanya ikut cakap orang sahaja.

Apa itu perancang keluarga?

Perancang keluarga adalah kaedah yang diamalkan isteri ataupun suami yang belum bersedia untuk menimang cahaya mata atau, bagi mereka yang telah menimang cahaya mata tetapi ingin pula menjarakkan kelahiran anak. Ada pelbagai cara untuk merancang keluarga termasuk secara natural ataupun menggunakan kaedah perubatan moden.

Objektif atau tujuan perancang keluarga?
  • Objektif utama menggunakan kaedah merancang keluarga ialah untuk memastikan kesihatan ibu pulih dengan sepenuhnya sebelum kelahiran yang seterusnya.
  • Ia juga untuk memastikan anak baru lahir mendapat penjagaan dan kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa mereka.
  • kaedah perancangan keluarga adalah untuk menjarakkan kehamilan atau mengehadkan bilangan anak sama ada secara sementara atau kekal.
  • Perlu diingat bahawa kaedah perancangan keluarga bukan bererti tidak mahu anak.
  • seseorang yang mengamalkan perancangan keluarga adalah bersebab seperti menghidap kanser yang memerlukan rawatan, hamil berisiko, kahwin ketika usia terlalu muda atau usia lewat atau memiliki anak terlalu ramai dengan jarak yang rapat.
Hukum Menjarakkan anak dalam islam?

Fatwa daripada Majlis Fatwa pada 1981 menetapkan bahawa kontrasepsi untuk mengurangkan bilangan anak adalah haram kecuali atas sebab-sebab yang mengharuskannya dan perlulah dilakukan dengan cara tidak kekal atau tidak memandulkan.

Keadaan yang diharuskan adalah isteri terlalu lemah atau sakit, pasangan ada penyakit keturunan, isteri mengandung terlalu kerap atau masih menyusu bayi dan kandungan menyebabkan gangguan mental terhadap ibu.

Merancang keluarga adalah bersifat sementara, menjarakkan anak kerana kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga adalah harus.


Siapa yang terlibat?


Tanggungjawab merancang keluarga adalah untuk menjamin keluarga bahagia dan ini terletak kepada suami dan isteri. Perkara ini harus dibincang bersama agar ia tidak mendatangkan masalah yang boleh menjejaskan perhubungan suami isteri.
  • Mereka yang baru berkahwin dan masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata bolehlah menggunakan kaedah merancang keluarga.
  • Individu yang mempunyai masalah kesihatan dan tidak digalakkan mempunyai kelahiran yang banyak seperti darah tinggi, penyakit jantung, buah pinggang dan sebagainya perlu berjumpa doktor untuk berbincang mengenai kaedah perancang keluarga. Sebuah keluarga yang sihat memerlukan ibu bapa sihat.
  • Seseorang wanita, tambahnya, boleh menggunakan kaedah merancang jika diperlukan seawal 18 tahun ke atas.
Tempoh jarak kelahiran

Tempoh menjarakkan kelahiran bergantung kepada kemampuan dan keinginan pasangan yang terbabit. Seelok-eloknya tempoh yang baik menjarakkan kelahiran sekurang-kurangnya dua tahun bagi memberi peluang untuk ibu membina kesihatan seperti sedia kala, dan juga memberi masa penjagaan sempurna untuk anak yang baru lahir. Selain itu, ia memberi peluang menyusukan anak secara eksklusif selama enam bulan pertama dan seterusnya sehingga anak berusia dua tahun.

Dalam masa dua tahun pertama, perkembangan dari segi fizikal dan emosi seseorang anak itu amat penting. Menjarakkan kelahiran sekali gus memberi peluang kepada suami isteri menstabilkan hal-hal ekonomi rumah tangga. Dengan bertambahnya ahli keluarga akan bertambahlah perbelanjaan keluarga. Jadi secara tidak langsung keharmonian rumah tangga akan terjaga.

Kaedah-kaedah merancang keluarga

* Natural
Kaedah ini menggunakan cara mengelakkan waktu subur seseorang wanita itu. Kaedah bergantung kepada kitaran haid seseorang wanita. Mereka boleh menggunakan cara rhythm dan untuk mengelakkan waktu subur mereka boleh mengira dari waktu kitaran haid yang terpendek, tolak 20 hari dan hari terakhir waktu subur ialah kitaran haid yang terpanjang ditolak 11 hari.

Jadi mereka harus mengelakkan perhubungan kelamin pada lebih kurang hari kelapan hingga ke-24 jika kiraan haid mereka 28 ke 35 hari. Ia agak rumit untuk dikira dan boleh mendatangkan masalah bagi pasangan itu kerana waktu mereka tidak boleh bersama agak panjang.

Selain cara rhythm, mereka boleh mengesan waktu subur dengan perbezaan cecair yang keluar daripada faraj. Sewaktu subur, cecair yang keluar bertukar dari warna putih yang pekat kepada lendir yang jernih dan cair. Ini disebabkan peningkatan hormon estrogen dan pertukaran kepada lendir cair yang jernih, bertujuan merangsang kemasukan benih sperma. Waktu ini juga suhu badan wanita akan naik sebanyak 0.5o dan boleh dikesan menggunakan termometer ovulasi pada waktu bangun tidur.

* Pil perancang keluarga
Ia mengandungi estrogen dan progestogen. Cara utama menghalang kehamilan ialah dengan menghalang pengeluaran telur dari kilang ovari seseorang wanita. Di samping itu, ia juga menyebabkan lendir dari pintu rahim menjadi lebih pekat dan ini juga menghalang kenaikan sperma masuk ke dalam rahim.

Pil perancang keluarga dimakan pada setiap hari bermula dari hari pertama kitaran haid sehingga hari ke-21. Ini diikuti dengan tujuh hari rehat. Pada waktu ini perdarahan akan berlaku dan pil dari paket baru perlu dimulakan selepas tujuh hari walaupun perdarahan mungkin belum habis.

Jika diikuti dengan betul, keberkesanan menggunakan kaedah ini untuk mengelakkan kelahiran amat tinggi iaitu 99.9 peratus. Ada pil yang mengandungi progestogen sahaja. Pil jenis ini mengelakkan kandungan dengan menyebabkan dinding rahim nipis dan lendir yang pekat. Ia boleh juga mengelakkan pengeluaran telur dari kilang ovari tetapi ia tidak konsisten dan memerlukan dos yang tinggi. Hampir 50 peratus wanita menggunakan kaedah ini boleh mengeluarkan telur dari kilang ovari. Ini kerana ia perlu dimakan dengan betul dan mengikut masa yang ditetapkan. Jika masa makan berubah-ubah melebihi tiga jam, ia boleh menyebabkan wanita itu hamil.

Pil perancang adalah salah satu kaedah yang amat popular di kalangan wanita dunia dan juga di Malaysia. Selain mengelakkan kandungan, pil perancang keluarga mempunyai kesan sampingan yang positif seperti mengurangkan kadar perdarahan haid serta mengurangkan penyakit anemia atau kurang darah dan mengurangkan kesakitan sewaktu haid. Ia juga boleh mengurangkan risiko mendapat kanser kilang ovari dan endometrium melebihi 50 peratus apabila digunakan melebihi satu tahun.

Pil perancang keluarga yang baru mengandungi progestogen yang baru seperti drospirenone yang mengurangkan risiko kenaikan berat badan disebabkan penyimpanan air yang berlebihan. Ia juga membuat kulit menjadi lebih cantik dan mengurangkan perasaan tidak menentu akibat sindrom prahaid. Jika menggunakan pil perancang, mereka akan mengeluarkan telur sebaik berhenti pil dalam masa satu hingga dua bulan.

Nota: harus diingatkan; kadang-kadang 'kita mungkin tak serasi' dengan jenis-jenis pil ini di pasaran. Memang tak ada side effect yg teruk; namun kadang-kadang cuba kita tengok, ada kala tu wanita akan jadi GEMUK tak menentu ataupun jadi KURUS secara tiba-tiba, bergantung dengan penerimaan tubuh badan individu itu sendiri. Mungkin "side effect" tu tak jadi sekaligus. Mungkin nanti lama-kelamaan suami tidak mendapat "nikmat" seperti sebelum kita gunakan pil ini. So, BEWARE! Jangan sampai suami rasa tak seronok lagi bila bersenggama dengan kita.

tidak di nafikan bahawa memang ada pil cegah hamil yg betul-betul bagus; suami masih rasa "nikmat". Tapi... itu mungkin hanya setahun, dua tahun atau tiga tahun... lama-kelamaan, pasti ada side effect; tak itu, ini, tak ini, itu! Jadi, fikirkanlah nak guna ke tak nak guna.

* Suntikan
Suntikan menggunakan hormon progestogen, disuntik setiap dua bulan bergantung kepada hormon yang digunakan. Disebabkan dosnya yang tinggi, ia mengelakkan pengeluaran telur dari kilang ovari di samping mengakibatkan lendir yang pekat. Wanita yang menggunakan kaedah ini boleh mengalami perdarahan yang tidak menentu.

* Alat dalam rahim
Salah satu kaedah yang popular dan telah digunakan semenjak tahun 60-an lagi. Ia perlu dimasukkan ke dalam rahim oleh doktor terlatih dan tidak mendatangkan banyak masalah kepada pengguna.

Setelah dimasukkan, alat ini boleh disimpan selama tiga hingga lima tahun bergantung kepada jenis yang digunakan. Efikasinya untuk mengelakkan kandungan adalah lebih kurang 98 peratus. Ada alat dalam rahim yang telah diserapkan dengan hormon progestogen. Ini meninggikan efikasinya kepada lebih 99.9 peratus untuk mengelakkan kandungan. Di samping itu, ia boleh mengurangkan perdarahan haid dan hampir zero peratus wanita tidak mengalami perdarahan selepas tiga bulan penggunaannya.

Walau bagaimanapun, wanita tidak harus bimbang kerana walaupun tidak datang haid, telur masih dikeluarkan dari kilang ovari seperti biasa. Ini juga boleh mengurangkan masalah anemia dari perdarahan haid yang berlebihan.

Nota : orang kata kesannya boleh menyebabkan pendarahan (bila dah lama pakai la kot) sebabnya orang perempuan nie slalu buat kerja umah, angkat anak la, susun perabut la, pendek kata ade masa buat keje yang berat2 tu mungkin lama bleh terkesan kat tempat alat tu disimpan.. tah la

* Kaedah barrier
Kaedah barrier yang paling popular adalah kondom lelaki. Ada kondom yang diserapkan dengan ubat antisperma. Kaedah ini tidak begitu baik kerana efikasinya cuma lebih kurang 60 hingga 0 peratus jika digunakan dengan betul. Tetapi ia adalah salah satu cara yang berkesan untuk mengelakkan penyakit kelamin dan HIV.

Kondom untuk kaum wanita juga ada tetapi tidak begitu popular. Kaedah barrier yang lain termasuk penggunaan diafram, alat penutup pintu rahim dan span. Kaedah-kaedah ini juga tidak popular.

Nota : orang kata kurang berkesan kalau guna kaedah nie, ya la takut time 'bersama' tu lasak sangat sampai terkoyak kondom tu, bleh termengandung gak la kan... so.. hati2!!!!

* Implan
Implan adalah alat perancang yang mengandungi hormon progestogen yang dimasukkan ke bawah kulit di bahagian dalam lengan. Ia mengelakkan kandungan dengan menghalang pengeluaran telur dari kilang ovari, boleh dipakai selama tiga hingga lima tahun. Keberkesanannya mencecah 99 peratus.

* Sterilisasi
Sterilisasi boleh dilakukan kepada wanita dan juga kaum lelaki. Kaedah ini adalah kekal. Saluran fallopio wanita diikat atau dipotong bagi mengelakkan perjalanan telur ataupun sperma dan seterusnya menghindarkan persenyawaan. Vasektomi adalah kaedah sterilisasi kekal untuk lelaki. Ia memerlukan pembedahan kecil di mana saluran vas deferens dipotong sedikit dan diikat.

Nota : cara nie kena bedah (agaknya la..) kalau nak ikat. kena bedah untuk ikat saluran fallopio tu satu hal, memang la takkan mengandung tapi bila nak anak semula dah kena bedah plak nak tanggalkan. rasanya cara nie sesuai untuk orang yang dah tak nak anak je kot!!!

* Tradisional
Penggunaan jamu, herba dan ubatan tradisional masyarakat lama seperti memakan air rebusan akar kayu untuk mengelak hamil.

* Pemandulan
Lelaki (vasektomi- mengikat saluran vas deferens) dan wanita (pembedahan untuk mengikat kedua-dua saluran tiub fallopian).

Nota: Menurut Majlis Fatwa pada 1981, memandulkan perempuan atau lelaki adalah haram kerana dianggap kontrasepsi kekal. Namun pengecualian diberi dengan bersebab; wanita itu tidak boleh menggunakan sebarang kaedah lain atas alasan kesihatan yang mana hamil boleh membahayakan nyawanya sendiri.


Kesan sampingan dan risiko bagi wanita yang bermasalah atau berpenyakit kronik
Kesan sampingan bergantung kepada kaedah dan hormon yang digunakan. Estrogen boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dan menaikkan tekanan darah. Jadi mereka yang mempunyai risiko seperti darah tinggi, penyakit hati, jaundis, sejarah penyakit di mana saluran darah tersumbat, penyakit jantung, kadar kolesterol yang tinggi, sejarah kanser payu dara, terlalu gemuk atau merokok melebihi 40 batang sehari tidak boleh mengambil perancang keluarga yang mengandungi hormon lebih-lebih lagi estrogen.

Kebaikan merancang keluarga

Kebaikan merancang keluarga bukan saja untuk menjaga kesihatan ibu tetapi bagi memastikan pembesaran anak sempurna dari segi fizikal dan emosi. Ia juga memberi peluang untuk suami memastikan kewangan keluarga terjamin bagi menampung kehadiran ahli baru.

Umur yang terbaik untuk melahirkan anak adalah pada usia 25 hingga 35 tahun kerana pada umur ini risiko pada ibu adalah minimum. Pada asasnya seorang wanita boleh melahirkan bayi walaupun pada umur yang hampir menopaus tetapi risiko pada ibu akan berlipat ganda. Pada zaman ini, di mana kaum wanita berkahwin lewat ataupun memilih menjayakan karier terlebih dahulu, lebih ramai yang melahirkan anak pada usia melewati 35 tahun.

Bincang bersama

Isu merancang keluarga harus dibincang bersama walaupun kaedah yang diamalkan memihak lebih kepada kaum perempuan. Kaum wanita perlu kerjasama dan restu suami untuk merancang keluarga. Objektif mereka adalah melakukan yang terbaik untuk keluarga. Jika mereka di dalam keadaan sihat tubuh badan dan rohani, wanita boleh menjaga suami dan keluarga dengan lebih baik lagi.

Menjawab pertanyaan, Dr. Jamiyah memberitahu, tempoh berhenti mengambil perancang keluarga untuk hamil semula bergantung kepada kaedah yang digunakan.

Nasihat pakar

Soal bila pasangan yang baru berkahwin ingin menimang cahaya mata, bergantung kepada banyak faktor. Mereka boleh memulakan bila-bila masa selepas berkahwin. Walau bagaimanapun, mereka perlu tahu cara-cara merancang keluarga kerana biarlah setiap kandungan itu anak yang diingini dan bukan kerana tersalah kira! Keluarga yang sihat dan bahagia perlu kerjasama semua.


Sumber rujukan: http://www.ipislam.edu.my , http://www.mesra.net/forum , http://www.virtualfriends.netCara Terbaik Mengawal Kehamilan : Penyusuan Badan
Tags

Post a Comment

19Comments

  1. oohhh...ikutkan hati nak je anak lagi cepat2..sebab suka ank ramai..hehhe..tapi mengenangkan dulu bersalin ceaser, sabarkan diri..tak sabar nak tunggu 2 tahun pulak...sebab seelok2nya 2 tahun jarak, jadi luka dalam baik sepenuhnya....harap boleh normal lepas nih...

    ReplyDelete
  2. Sayang artikel ini tidak menyebut kaedah tradisi masyarakat Melayu Islam, iaitu penjarakan asli kerana penyusuan semulajadi bayi-susu ibu. Dalam masyarakat dahulu inilah caranya- susu ibu tanpa henti 2 tahun...........

    ReplyDelete
  3. asalamualaikum...sy sbenarnya bru 3 minggu buka implan yg dah di pasang 2 tahun setengah..selama 2 thun lebih sya guna implan sy jarang dtang haid, selepas buka masih lagi tak datang haid, saya sebenarnya teringin nak mengandung lgi..tp apa yg selalu sya dengar, selepas buka implan susah nk mngandung..betul ke? saya risau jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam..
      berkaitan dengan soalan puan di atas..
      sebenarnya kesan sampingan selepas memasang implant adalah kedatangan haid yang tidak teratur.Hal ini kerana disebab kan oleh hormon yang ada di dalam implant tersebut.jadi..ni adalah kesan sampingan yang normal.
      n then,bukan susah nak mengandung tapi bagi masa kepada sistem tubuh untuk membetulkan kembali regulation period puan.
      rezeki tu tetap ada..insya'Allah..bersabar lah,
      lau puan tak bersabar..tak pe,sekarag ada kaedah di mana,terdapat satu pil yang boleh memberikan kesuburan kepada puan.
      kita tidak melawan takdir kita hanya berusaha.mahu anak itu adalah niat yang murni.
      semoga puan di permudahkan mendapat anak.amin..insya'Allah=)

      Delete
  4. @Mummy Stylo

    bg bonus lah sespa bkebolehan merancang scr smula jdi..tapi ia amatlh sesuai utk ibu y bslain normal..tp xsesuai utk y operat czer..sy tegaskan kt sini mmg xsuai utk bslin operat..
    sy dah 2x czer..dan dah 2x sy guna implan..fully bfeeding scr xklusif kedua2 anak..alhamdulilah tiada masalah dr aspek dtg bulan sehingga hub intim bsama suami.
    Apa2 pun semua ini kehendak Allah. Kita hnya mampu merancang dn berusaha shabis baik.

    ReplyDelete
  5. sy plak... remove implan slpas 2 thn pakai.... mse pakai implan nih period agak lama.. doktor kata itu normal... sampai istihadah la... tp lps remove ari tu trus x dtg period plak... sbulan lps tu buat HCG test... alhamdulillah mengandung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru je bukak cari pakai implan, sbb period x stabil.. kadang2 jd tension dengan suami sbb sampai 15hari.. kadang lebih.. Selain dr tu jerawat tumbuh merata2 sampai x bleh nak control.. x sampai setahun saya bukak.. skarang tgah mencari pil perancang yang sesuai

      Delete
  6. salam perkenalan..

    Linda nak tanya sikit la.. Memang tak paham sangat pasal kiraan haid tu.. Ada sesapa yang boleh terangkan tak cara kiraannya tu.. Pasang implan tu sakit tak?? Saya ni kecut sikit bab bedah membedah,potong memotong ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam.
      kiraan haid untuk mencari hari kesuburan ke?
      sebenarnya..hari yang ke ke 11- 14 after period ( kiraan start dri hari pertama period ) tu adalah hari kesuburan perempuan.
      biasanya tarikh ni tak menjamin kesuburan sebab setiap respon badan manusia ni berbeza2..
      so,baik cek melalui.kita tengok pada keputihan yang datang,
      lau hari ke 11 -14 atau sebelum hari tu ada keluaran jelly berwarna putih seperti putih telur itu..tu kira hari subur.jadi lau nak merancang kehamilan,elakkan melakukan hubungan intim semasa hari ni.sebab kemungkinan besar senang untuk pregnant.

      sebelum rosedur implant doktor akan bagi ubat local anaesthetic ( ubt bius setempat )
      ia hanya turisan yang kecil saja.=)

      Delete
  7. 23hb ni sy nk psg implan..mcm2 sy dgr cite kesan pkai implan..tp sb utama sy nk pkai implan nak gemuk kan bdn je.ramai ckp pkai implan bdn leh naik..xsabanye.. ank sy dah 2..first 2thn lbh scnd ni 4bln..igt pas brsln no 2 ni brt naik tp same je 40kg..hi..=)

    ReplyDelete
  8. salam..di sini nk berkongsi sedikit maklumat..kaedah sterillisasi tidak memerlukan pembedahan..hanya gunakan scop(tebuk ngan scop yang ada camera yang blh dilihat dari luar)

    ReplyDelete
  9. Feb 2012 buka implan setelah 2 thun lebih pakai.skrg da bulan June.pun masih tak hamil2 lg..

    ReplyDelete
  10. Feb 2012 buka implan setelah 2 thun lebih pakai.skrg da bulan June.pun masih tak hamil2 lg..

    ReplyDelete
  11. perancang keluargaJune 17, 2012 at 8:51 PM

    saya mengamalkn kaedah suntikan, now anak saya dh 1thn2bln.... tapi sudah 3-4 hari ni, buah dada saya mengeluar kn susu... ada itu makna nye saya pregnant?

    ReplyDelete
  12. Sy lak baru buka implan 5 hari lps...hari kedua bdn rsa sakit2..hari ketiga period da mai smpai skg...bdn still sakit2 lg...just nk tahu normal ke gtu? Nk tahu kesan lepas buka implan ni pd badan kita

    ReplyDelete
  13. Sy lak baru buka implan 5 hari lps...hari kedua bdn rsa sakit2..hari ketiga period da mai smpai skg...bdn still sakit2 lg...just nk tahu normal ke gtu? Nk tahu kesan lepas buka implan ni pd badan kita

    ReplyDelete
  14. Salam smua sy bru tanam implan dec tahun 2015. Tp muka sy teruk sgt naik jerawat kecik2 kat dahi juga kat dagu. Rs nm buka jer. Stress tgk kulit muka. Sb slm ni muka licin pas pakai implan jd teruk dhla berbintik2 kecik2 rimas je rasa.

    ReplyDelete
  15. Saya baru je berapa bulan buka implan,saya buka ada alasan,sebab saya dah berkahwin suami saya memerlukan zuriat dari saya ... Jadi saya buka implan untuk saya mengandung ... Tapi kenapa lepas saya buka implan saya tak bole mengandung ...
    Tolong saya kenapa ye ..
    (babyizam94@gmail.com)

    ReplyDelete
  16. Salam,saya baru berapa bulan buka implan ni ... Saya buka sebab ada alasan tersendiri,saya baru je berkahwin dan suami saya perlukan zuriat dari saya jadi saya buka implan untuk saya mengandung semula tapi kenapa selepas saya buka implan saya kenapa saya langsung tak bole mengandung sesiapa bole membantu saya dalam masalah saya ni..

    ReplyDelete
Post a Comment