menyusukan bayi..boleh dan tak boleh????

Anamarza
0
Bila waktu dan apa sebabnya si ibu boleh dan tidak boleh menyusukan Bayi ialah :

  1. Teruskan penyusuan susu ibu walaupun : • mengalami demam selsema, selsema atau jangkitan bakteria. Apabila anda tidak sihat, tubuh anda menghasilkan antibodi yang akan dipindahkan kepada bayi menerusi susu. Jika anda berhenti menyusukannya, anda sebenarnya mengurangkan perlindungan bayi • sedang mengambil ubat-ubatan, suplemen pemakanan atau sediaan herba. Akan tetapi, semaklah dengan doktor terlebih dahulu.
  2. Berhenti menyusukan bayi buat sementara waktu jika anda: • mengalami abses payudara atau penyakit yang serius. • menjalani pembedahan yang besar atau mengalami jangkitan yang serius. • mengalami tuberkulosis – tunggu doktor mengesahkan anda tidak lagi berjangkit. • mempunyai lesi herpes yang aktif pada payudara.
  3. JANGAN menyusukan bayi jika anda: • mempunyai hepatitis C. • positif HIV • sedang mengambil ubat anti-barah. • sedang mengambil ubat-ubatan radioaktif (seperti iodin).
  4. Hadkan pengambilan teh dan kopi kerana minuman ini boleh menyebabkan bayi menjadi terlalu aktif.
  5. Awasi pengambilan alkohol kerana ia boleh mengurangkan penghasilan susu.
  6. Cuba elakkan daripada mengambil sediaan herba terutamanya jika bayi anda mengalami jaundis atau dilahirkan pramatang.
  7. Jangan ambil ubat-ubatan tanpa preskripsi doktor.
  8. Jangan merokok atau biarkan diri sendiri dan bayi terdedah kepada asap rokok kerana ini boleh menjejaskan penghasilan susu.
  9. Ubat-ubatan yang selamat untuk diambil dalam tempoh penyusuan :
  • Analgesik (seperti parasetamol, ibuprofen, aspirin dan sebagainya)
  • Kebanyakan antibiotik
  • Antihistamin
  • Antasid
  • Ubat-ubatan asma
  • Ubat-ubatan berasaskan steroid (seperti krim kulit)
  • Suplemen pemakanan

Sumber : www.nutriweb.org.my/downloads/snp_breastfeeding_guide.pdf
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)