- Berubah mengikut keperluan bayi yang membesar Komposisi nutrien susu ibu bertukar-tukar untuk memenuhi keperluan bayi yang membesar.
• Cecair kuning (Kolostrum)
Dalam beberapa hari pertama selepas bayi dilahirkan, payudara anda akan menghasilkan kolostrum, sejenis cecair pekat yang berwarna kuning. Kolostrum kaya dengan karbohidrat, protein dan antibodi. Jumlah kolostrum yang dihasilkan mungkin sedikit tetapi ia sangat kaya dengan nutrien dan faktor imun yang akan melindungi bayi daripada jangkitan penyakit.
• Susu matang
Susu matang akan dihasilkan tiga atau empat hari selepas bersalin. Jumlahnya banyak dan kelihatan agak cair.
• Waktu penyusuan
Komposisi susu ibu turut berubah sewaktu bayi menyusu. Kandungan lemak meningkat pada penghujung sesuatu masa penyusuan. Susu akhir ini membuat bayi rasa kenyang dan berhenti menghisap. Ini adalah cara bayi belajar mengawal seleranya. - Menggalakkan penghadaman dan penyerapan nutrien dengan lebih baik.
Beberapa bahan biologi di dalam susu ibu menyebabkan bayi dapat menyerap nutrien dengan berkesan:
• Enzim penghadam lemak membantu penghadaman dan penyerapan lemak
• Protein pengikat zat besi membantu bayi menyerap kebanyakan zat besi di dalam susu
• Kandungan laktosa yang tinggi meningkatkan penyerapan kalsium, magnesium, fosforus dan mineral yang lain - Melindungi bayi daripada penyakit
Kajian menunjukkan bayi yang disusukan secara eksklusif selama 6 bulan kurang dijangkiti penyakit dalam tempoh 12 bulan pertama usianya. Susu ibu mengandungi nutrien dan
bahan-bahan yang melindungi bayi daripada penyakit berjangkit khususnya cirit-birit, selesema, bronkoliotis dan jangkitan telinga tengah. Beberapa bahan yang melawan
penyakit adalah:
• Faktor bifidus : Menggalakkan pembiakan bakteria baik di dalam usus bayi dan oleh itu, menghalang pembiakan bakteria berbahaya
• Laktoferin : Mengikat zat besi di dalam susu ibu supaya ia tidak boleh diambil
oleh bakteria berbahaya
•Protein pengikat B12 : Menyebabkan bakteria tidak dapat memperoleh vitamin B12
•Lactoperoxidase : Membunuh bakteria berbahaya
•Faktor anti-Stafilokokus : Menghalang pembiakan bakteria Stafilokokus
•Sel-sel fagosit : Menelan bakteria
•Sel-sel limfosit dan makrofaj : Merembeskan antibodi yang memberi imuniti kepada penyakitpenyakit tertentu
•Lisozim : Membantu menghalang jangkitan
•Interferon : Mencegah pembiakan bacteria
•Faktor pembiakan epidermal : Membantu memastikan lapisan usus bayi dalam keadaan baik dengan menjadi penghalang untuk menghentikan bahan-bahan berbahaya daripada memasuki aliran darah - Makanan untuk perkembangan otak
Susu ibu mengandungi asid lemak perlu seperti asid alfalinolenik (ALA) dan asid linoleik (LA). Kedua-dua asid ini diperlukan untuk menghasilkan asid dokosaheksanoik (DHA) dan asid arakidonik (AA) yang penting untuk pembesaran dan pertumbuhan janin dan bayi, terutamanya untuk pertumbuhan otak dan perangsangan visual yang berkualiti. Perkembangan otak yang sempurna dalam tahun pertama usia bayi akan menyediakan asas kepada keupayaan pembelajarannya pada masa depan. - Mengurangkan kemungkinan mengalami alergi
Kebanyakan simptom alergik yang dikaitkan dengan pengambilan susu formula lazimnya berpunca daripada tindakbalas bertentangan imun bayi terhadap protein susu lembu. Bayi yang menyusu badan kurang mengalami simptom-simptom alergik seperti kolik, muntah, cirit-birit atau najis berdarah, malresapan, ekzema, rinitis alergik dan asma bronkiol. - Pengikat kasih
Bayi perlu mendengar degupan jantung anda, merasai kehangatan tubuh anda dan berada rapat dengan anda. Kesemua ini adalah sama pentingnya dengan keperluannya terhadap makanan. Tiada aktiviti lain yang dapat memenuhi semua keperluan ini selengkap dan sehebat penyusuan susu ibu.
Faedah Kepada Ibu
- Kembali kepada bentuk badan asal Penyusuan susu ibu membantu anda membakar lemak yang tersimpan sewaktu hamil. Penurunan berat badan lebih berjaya jika ibu turut mengamalkan senaman yang betul.
- Mengecutkan rahim Penyusuan susu ibu akan merembeskan hormonhormon yang bertindak ke atas uterus (rahim), menyebabkannya mengecut dan kembali kepada saiz asal dengan lebih cepat. Pengecutan ini juga menghalang pendarahan berlebihan selepas bersalin.
- Melindungi kesihatan Penyusuan susu ibu melindungi ibu daripada penyakit barah payudara dan barah ovari dan mengurangkan kemungkinan mendapat osteoporosis dan penyakit jantung.
- Menjarakkan kehamilan Penyusuan susu ibu melambatkan kedatangan haid dan ini boleh membantu ibu menjarakkan kehamilansecara semulajadi.
- Mudah Penyusuan susu ibu selesa, boleh diberikan kepada bayi di mana-mana sahaja ibu berada, pada bila-bila masa dan adalah percuma!