Anakku kembung...

Sudah menjadi seperti kemestian bagi seorang bayi menghadapi kembung perut, Rifqi juga tidak terkecuali, cuma tahapnya sahaja yang berbeza. Ada sesetengah bayi akan menangis dan ada juga yang cuma tak lena atau susah nak tidur. Seperti Humaira dulu, ada beberapa kali dia akan menangis dan sukar hendak tidur apabila menjelang malam, tapi berlainan dengan rifqi dia cuma sukar dan tak lena tidur sahaja (setakat ini).

Apa yang saya boleh buat selain daripada menyapu minyak tak kira minyak afiat, minyak gamat malah minyak yu yee juga turut disapu diperut, belakang badan, bawah pelipat dan tapak kaki. Satu perkara tentang Rifqi ni, dia susah nak sendawa, bermacam cara dibuat dari dudukkan dia sambil gosok dan tepuk perlahan di bahagian belakang badannya, meniarapkan dia sampai la dukungkan rifqi dan letak kepala ke bahu tapi masih juga lambat dia nak sendawa. Antara penyebab kembung perut ni sebab tak sendawa la.

Menurut pakar perubatan jika tangisan si bayi itu berbeza daripada biasa seperti menjerit dengan wajahnya berubah menjadi merah, perut kembung, tangisannya tidak reda selepas dibelai serta kerap mengeluarkan angin, kemungkinan besar bayi tersebut mengalami kembung perut atau colic. Kebiasaannya ia terjadi sewaktu bayi berusia tiga minggu selepas kelahiran dan mungkin berlanjutan sehingga bayi berumur tiga bulan dan bayi akan berhadapan dengan situasi kembung perut ini di antara pukul 6 petang hingga 12 malam.

Punca sebenar kembung perut masih belum dapat dipastikan, mungkin ianya disebabkan terdapat udara berlebihan di dalam usus, kecutan otot-otot usus ataupun ketidakmatangan urat saraf di bahagian usus, dan bagi bayi yang minum susu ibu, ia mungkin disebabkan sensitiviti atau alahan terhadap apa yang dimakan si ibu. Bagi mengatasi simptom kembung perut agar tidak berlarutan ibu seharusnya mengelakkan produk-produk yang boleh merangsang kembung perut seperti produk yang mengandungi kafein. Jika ibu memberi bayinya susu formula, mereka seharusnya menukarnya kepada produk tanpa susu lembu seperti susu soya atau formula HA hypoalergenic.

Sebenarnya tiada rawatan yang khusus, malah keadaan ini akan pulih dengan sendiri apabila bayi berumur 3-4 bulan.Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasinya ialah:
  • ~Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek.
  • ~Selimutkan bayi sehingga selesa dan dodoikan dengan lemah lembut
  • ~Kurangkan bunyi bising, irama berentak perlahan kadang-kadang boleh membantu mengurangkan simptom kembung perut bayi. Contohnya, seperti memasang muzik perlahan atau klasik.,
  • ~Bawa bayi bersiar-siar
  • ~Jangan sekali2 menggoncang si bayi
  • ~Jika ibu bapa merasa tertekan atau penat, cuba dapatkan bantuan orang lain untuk menjaga bayi dan ambil rehat yang secukupnya.
  • ~Bawa bayi berjalan dengan menggunakan kaedah kangaroo carrier untuk melegakannya.
  • ~Cuba letakkan perut bayi di atas bahagian lutut dan usap bahagian belakang.
  • ~Cuba sendawakan bayi sebaik selesai menyusukannya. Angin yang masuk ketika menyusu dapat di keluarkan jika bayi sendawa.
  • ~Sekiranya masih tidak berjaya, sebaiknya bayi itu dibawa berjumpa dengan doktor. Doktor akan pastikan tiada penyakit lain dan mungkin memberi ubat kembung perut.
Antara petua yang dipraktikkan oleh masyarakat kita seperti:
  • ~Angkat baju bayi dr jemuran sblm senja. sbb klu baju tu berembun, bayi akan kembung.
  • ~Letak minya angin di perut, betis n tapak kaki. Dan sedikit di ubun2.
  • ~Lepas susukan bayi, gosok perlahan2 belakang bayi bagi dia buang angin
  • ~Ibu cuba elakkan makan makanan yg sejuk, tumbuhan yg menjalar or berminyak
  • ~Elakkan minum teh


Rujukan : http://kosmo.com.my , http://mforum.cari.com.my, http://www.al-islamhospital.com.my, http://mysetbersalin.com

Comments

  1. o..baru sy tau anak ke2 sy ni mmg mengalami kembung rupanyer...
    waktu usia die nak masuk 2bln, setiap ptg dlm kol6 smpai 8mlm, die akan menangis...mcm2 pujuk pon xnk,,,adalah kembung rupanyer...ciannyer awak aqeef, mama x tau nk watpe time awak melalak tu...xtau pon awak sdg sakit sbb kembung perut..adalah mama cetek ilmu ketika itu....sobh=(

    btw, terima ksh kat anamarzablog =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts