Tanda-Tanda Bersalin

Anamarza
6
Tanda2 bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita, malah seseorang wanita itu boleh mengalami tanda yg berbeza bagi bersalin kali pertama dan kedua atau bersalin untuk yang seterusnya. Saya juga mengalami tanda yg berbeza ketika bersalin anak pertama dan anak kedua.


Semasa anak pertama saya bersalin lewat 3 hari dari tarikh EDD dan ketika itu saya merasa kontraksi dari pagi  lagi tetapi tidak terlalu kerap dan menjelang petang kontraksi semakin kerap dan pada pukul 9.30 malam baru pergi ke hospital. Sampai dihospital, jururawat yang memeriksa mengatakan bahawa pintu pangkal rahim pada waktu itu telah terbuka 2cm, waktu itu tiada pendarahan yang berlaku. menjelang tgh mlm, rasa kontraksi makin kerap dan dimasukkan ke bilik bersalin pada pukul 1.00 pg, kerana pintu pangkal rahim telah terbuka sebanyak 5cm dan darah tlh pun keluar sedikit , dan selamat melahirkan anak pada pukul 4.11 pg dengan bukaan pada waktu itu 9cm.

Bagi anak kedua pula, saya bersalin awal 2 minggu dari tarikh yg dijangkakan, dan masuk ke hospital kerana keluarnya darah bercampur lendir tanpa ada rasa sebarang kontraksi cuma sedikit rasa sakit belakang sahaja. Waktu itu saya dimasukkan ke wad pada pukul 8.30pg dan doktor mengatakan yg pintu rahim telah terbuka sebanyak 2cm. Seharian berada diwad tidak ada pendarahan mahupun kontraksi, cuma menjelang malam baru terasa kontraksi, dan disebabkan kandungan saya berada dalam keadaan songsang doktor mengarahkan supaya saya dimasukkan ke bilik bersalin pada pukul 8.30 mlm dengan bukaan pintu pangkal rahim 3cm. Kali ini, bukaan pintu pangkal rahim terlalu lambat untuk terbuka dan hanya terbuka sebanyak 1cm untuk setiap hampir 3 jam dan pada pukul 3pg bukaan hanya setakat 6cm. Saya selamat bersalin secara normal dengan bukaan hanya 7cm pada pukul 6.10pg

Setelah melalui 2 pengalaman bersalin yang berbeza, saya sedar akan pentingnya seseorang bakal ibu itu mengetahui serta mempelajari tanda2 awal bersalin supaya boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran. Antara tanda2 bersalin ialah:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika tinggal jauh) Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
  • keluar air ketuban : Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
  • keluar darah dari vagina. : Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj, ini kerana pintu rahim mula membuka (Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10). Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.















  • Sakit Belakang : Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
Tags

Post a Comment

6Comments

  1. Assalamualaikum..

    Saya tertarik kepada pengalaman akak yang mempunyai pengalaman bersalin yg berbeza untuk kedua-dua puteri n putera akak.
    Apa yang mengkagumkan saya ialah pengalaman akak bersalin akak untuk anak ke-2 kerana walaupun kedudukan bayi adalah songsang sehingga tiba kelahirannya akak mampu berslin secara normal.
    Saya bakal melahirkan anak pertama beberapa minggu lagi.Sekarang usia kandungan saya bakal mencecah minggu ke-35 dan masih berkedudukan songsang.
    Saya ingin bertanya apakah perasaan akak apabila diketahui kedudukan bayi dalam kandungan songsang dan apakah yang akak lakukan untuk builp up self confident dan agar dikuatkan semangat.Mohon dikongsikan pengalaman dan nasihat

    ReplyDelete
  2. salam....saya bakal melahirkan anak kedua awal bulan 7 ni....anak pertama dulu bersalin awal 2 minggu. Tak perasan pun rahim dah buka tapi ada la keluar darah lendir tu sedikit.

    Cuma nak tanya kira keluar darah tu bukan air ketuban kan. Yang saya persan bila baby dah kuar tiba2 rasa mcm ada air kuar mcm paip air...yang ke air ketuban

    ReplyDelete
  3. dah dua org anak dah yew. best²..

    kina baru nak msk anak kedua. anak 1st kina bersalin opret. sebabnye pintu x nak bukak. hanya 5cm je... dah lama sgt tggu baby pun dah naik lemas. itu yg terpaksa opret.

    moga kali nie kina leh beranak normal. doakan yew...

    ReplyDelete
  4. saat tunggu pintu rahim nak bukak cukup 9 cm tu amatlah memeritkan ... 3 drpd 4 org ank sy bersalin induced.. mmg sy ni mcm xde tanda2 nk bersalin tu sbb dah masuk anak ke-5 pun dok mencari2 info tntg tanda2 nk bersalin ni..tau2 mcm tu je lah kan ... ni tgh pikir nk jumpe doc atau nk tunggu due date jer

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..

    Saya nak masuk anak yg ke 4..anak pertama kene ceaser..coz bby besar 4kgs(girl)and dh 12 jam menanggung sakit..anak kedua (Boy) kene induce dh ada tanda darah cmpr lendir tp x de sakit lg..so doc masukan ubat (induce) kul 8.oopg..kul 10pg dh ada kontraksi..kul 12.00pm doc check dh buka 3cm terus maasuk labour room..
    kul 2 bersalin ( normal) alhamdullillah..yg ketiga (girl) induce gak..induce kul 7.30 pg..sakit langsung x de..doc ckp kul 1.00 ptg br ada rasa kontraksi..tp aki msih x rasa ape2..kul 1 doc check bukaan masih 2cm..dh kul 6.30ptg..dh ada rasa sakit ckit2..kul 8.30 mlm doc dtg check lagi br bukak 3cm..doc ckp nak pecahkan jer air ketuban aku..aduh ..klu dh pecah air ketuban tu..meroyan la aku..tp aku kena gak la harunginye kan.. kul 9 doc pecahkan jer dan aku terus masuk labour room..9.30 sakit makin kuat..doc pun masih gh check saluran kencing aku kot2 tersumbat ker..tgh2 dia check tu..aku rasa mcm ada benda nak meluncur keluar..doc pun terkejut..dia ckp awak kenapa ni..utk kedua kali saya rasa ada benda meluncur lagi..akhirnya doc dh nmpk kepala bby..doc ckp jgn teran dulu.. mana blh tahan kan..klu dah nak kuar..dlm masa 1/2 jam jer dr bukaab 4 cm terus melompat ke 9cm..ahkirnye supergirl saya pun keluar..supergil (gelaran dr doc)..kul 10 mlm aku selamat melahirkan..now aku sedang mengandung 34 minggu..x tau la pulak mcm mana kali ni..mudahan di permudahkan la..

    ReplyDelete
  6. saye pun nak kongsi cerita jg la..saye pragnent anak sulung thun 2010..dan di jangka brsalin pada hujung bln 5 (27 may 2010)..tp awal bulan plak brsalin..3minggu lbh awal..rasa sakit tu dr pukul 5ptang lg..sakit mcm nak brak..tp xkerap la sakit..smpai pkul 11 mlm rasa sakit mkin krap dn skit blkng,,sye xtahu pun itu tnda nak brsalin,,maklum la anak sulung and lg pun add kan hjung bln,,pukul 1pagi sakit mkin kerap,,hsband pun bwa gi klinik sakit puan,,dktor kata cm kencing ktor dn hnya bg obat thn sakit,,blik rumah tu xsempat nak mkan obat tiba2 air ktuban pcah,,apalagi hsband pun bwa cpt2 ke hspital HUKM,,pukul 2 msuk hspital,,wlupun air ktuban dah pcah tp pintu rahi bru trbuka 2cm,,pukul 3.30 pagi baru msuk bilik brsalin,,pintu rhim dah trbuka 6cm,,pukul 4 baru 7cm tp doktor suruh saye teran wlupun bru 7cm sbb tkut beby lemas..iye la air ktuban pun dah lama pcah,,akhirnya saye slmt mlahirkan anak prmpuan pd pkul 5.36pagi,,brat dia 2.95..n yg specialnya dia lahir pada tarikh birthday ayah dia,,saye pulak birthday 3hb,,jd blh sambut skali la sbb sama2 bln 5,,untuk pngtahuan anda skrg saye tgh pragnent anak ke 2,,ADD hujung bln juga (22 januari 2012),,harap2 la anak yg ke 2 ni xrasa sakit lama and mudah keluar..doakan ye..

    ReplyDelete
Post a Comment